3 TIPS MUDAH UNTUK CANTIK MACAM KAJOL

Assalamualaikum

Dah tengok filem Dilwale? Hurm tertinggal keretapi pulak rasanya sebab sampai sekarang tak tengok lagi filem tu. Cuma aku sempat download video klip lagu Gerua dengan Janam Janam je. Mata tak berkelip tengok si Kajol yang cantik tu. Eh aku rasa dulu masa filem Dilwale Dulhania Le jayengge (tah macam mana ejaan kan) Kajol kulit gelap, rambut kembang, kening bersambung lagi. hahaha. Sekarang amboi bukan main lawa lagi! Dah la kurus, tips kurus apa la yang dia amalkan ek..Lepas tu aku perasan kulit dia cerah! Kalah kulit makkkk..uwaaa

Apa rahsia Kajol cantik walaupun dah ada dua cahaya mata?

1. BERDISIPLIN MELAKUKAN SENAMAN
Kajol berdisiplin melakukan senaman dan mengikuti diet sihat bagi mendapatkan bentuk tubuh yang mempesonakan. Beliau turut berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram selepas melahirkan anak kedua. Menurut Stylecraze.com, aktres yang mula meledak dengan filem Yeh Dillagi (1994) ini menggunakan khidmat jurulatih, Shereveer Vakil, yang juga bertanggungjawab melatih suaminya bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik. Beliau mengamalkan senaman setiap hari di gimnasium rumahnya bagi memperbaiki stamina, meningkatkan metabolisme dan mengekalkan berat ideal dengan bentuk tubuhnya.

2. JAGA PEMAKANAN
Selain mengamalkan senaman secara disiplin, Kajol juga menitik beratkan pola pemakanan dan tidak menyentuh makanan segera atau kudapan yang tidak menyihatkan. Beliau percaya, pengambilan makanan berkhasiat dapat membekalkan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan. 

3. MINUM AIR MASAK YANG MENCUKUPI
Bintang Kabhi Khushi Kabhie Gham itu mengutamakan ikan, telur, kekacang, ayam dan susu dalam diet sehariannya. Selain itu, Kajol sentiasa memastikan badannya mendapat air yang cukup dan mengambil buah-buahan, sayuran dan minuman berkhasiat bagi mengelakkan rasa lapar.
 Sumber : berita harian

Hoho.. Senang je kan tips Kajol ni. Tapi tak aci la sebab dia ada guna khidmat jurulatih untuk guide dia supaya kurus. Kita ni? Nan hado. Tapi nak cantik, kena la bagi seribu usaha kan? muahciked!
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...