Assalamualaikum
Lagi beberapa jam nak masuk tahun baru! Selamat tinggal la tahun 2015. Korang dah capai ke belum azam tahun 2015? Kalau belum, kena la cuba capai tahun 2016 pulak. Kalau tak capai gak, cuba la capai tahun 2017. Dan macam tu la seterusnya. Kena la ada azam dan kena la usaha nak capai azam tu kan. Baru la kita boleh improve diri kita dengan lebih baik dari sebelumnya. chewah.
Tahun 2015 banyak bagi seribu kemanisan buat aku. Alhamdulillah sangat sangat. Antaranya, aku dapat beli rumah sendiri dekat Senawang, projek Sri Pajam (pernah cerita dekat entry ni), dapat menang AWARD BEST SITE kategory FINANCE dalam company serta merta mengharumkan nama aku jugak yang pegang jawatan tu, dan berjaya naik rank kepada Senior Supervisor dalam business shaklee. Yang paling utama tiga benda ni la. Mungkin pada orang lain, takde apa sangat pun, tapi bagi aku, nak capai tiga benda alah ni cukup susah. Huhuhu.
Dapat saguhati sempena naik rank dalam Shaklee dari Master Hadha :)
So apa azam tahun 2016 nanti ek?
Setakat ni rasa macam dah ramai je yang tanya bila Irine nak dapat adik baru. Biasalah, kalau dah kawin, orang akan tanya bila nak dapat anak. Bila dah kuar sorang, orang akan tanya bila nak kuar lagi sorang? Macam tu la seterusnya. Apa pun, masih belum rezeki lagi nak menampah sorang lagi. Mungkin boleh la masuk dalam senarai azaman tahun 2016. Chaiyok hubby! eh?
Nak jadi lebih sihat dan lebih muda. Since aku ni memang pengguna tegar Shaklee dan penjualnya sekali, tahun ni aku plan untuk try semula set untuk ringankan berat badan dan bina balik kolagen untuk kulit awet muda. Dua benda tu jela nak fokus. Yela sekarang aku rasa makan tak jaga langsung. Adui..Berat pun macam dah naik je.
Nak naikkan prestasi kerja. Kalau sebelum ni, kerja banyak tertangguh sebab tak cukup tangan nak handle, tahun ni insyallah bila bos dah janji nak bagi sorang assistance, insyallah kerja akan lebih tersusun dan sistematik. Boleh la pulun award lain pulak dan maintain pegang award BEST SITE OF THE YEAR kategory FINANCE lagi. hehehe
Azam lain, nak naik RANK COORDINATOR, pegang bonus bulanan RM5000 ke atas, nak buktikan yang pekerja macam aku, pun boleh berjaya buat side income lepas waktu kerja. Tak mustahil kalau aku pandai manage masa. Kena la berkorban lebih sikit. Tak boleh nak rilex tiap masa.
Dan akhir sekali.. Kuatkan semangat dan bina azam baru..Tinggalkan kisah
lama yang penuh berduka semua tu.. Semoga tahun baru dipenuhi dengan
hikmah disebalik dugaan.. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016!
BELIEVE IN YOUR SELF, and you are half way there!
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon