RAHSIA TERBONGKAR : TAKTIK LELAKI SOROKKAN ROKOK DARI PASANGAN

Sebenarnya kisah ni, aku simpan dari zaman kitorang bercinta dulu. PP Epal sebenarnya memang kuat merokok. Aku pulak dulu dulu zaman single mingle, siap kutuk perokok. Siap buat satu entry pasal betapa bencinya aku dengan perokok. Tapi yang dibenci tu la jadi laki aku. Nak dipendekkan cerita, macam mana aku didik pp epal untuk berhenti rokok sebenarnya tak semudah disangka. Susah ohh. Perang dunia je selalu. 

 

Gambar lama zaman bercinta. hehehe.

Masa bencinta, biasalah aku suruh makan racun pun sanggup telan. Sebab sayang kan. Haaha. So syarat utama yang aku kenakan pada PP Epal untuk dating dengan aku, JANGAN ISAP ROKOK MASA TIME DATING. Aku siap tegaskan, "awak ada 24jam satu hari. Dating dengan saya tak sampai 5 jam pun. Tu pun susah nak ikut? Lepas dating awk nak telan rokok dengan kotak kotaknya sekali pun saya tak kisah tapi pelis...time dating, no cigarette. Cewah gitu la lebih kurang ayat aku bagi dulu. 

Nak taknak, PP Epal kena ikut. Kalau nak dating dengan aku, jangan isap rokok. Dan diharamkan bawak kotak rokok. Tapi nak dijadikan cerita. Lelaki ni 9 akal sebab tu bergeliga kau tau? Tiap kali dating, aku akan perasan beberapa tindakan yang pelik.  

1. Kerap ke toilet. 
Walaupun belum makan apa apa, tapi tetap sakit perut. Dan lepas keluar toilet, aku akan perasan bila dia bercakap bau rokok. Tak pun bau listerine. Apa hal lepas berak pun nak listerine mulut? Nampak tak permainan dia kat situ. 

2. Rokok bawah seat kereta. 
Aku ni jenis suka kumpul kasut bawah seat kereta. Dan aku suka spotcheck. Memang betul tekaan aku, bawah seat ada kotak rokok. yela mesti la aku pandai walaupun perempuan dikurniakan 1 akal. 

3. 2 batang rokok dalam bag kamera. 
PP Epal dulu rajin bawak DSLR dia. Bajet aku tak tau beg DSLR tu boleh jadi port strategik untuk sorok rokok sebatang dua. hahaha. Yes memang betul jugak tekaan aku. Kantoi bukan 2 batang, tapi berbatang batang rokok celah poket beg kamera tu. 

Zaman dating memang agak mencabar bagi PP Epal sebab aku memang tegas bab nak didik dia untuk berhenti rokok. Walaupun dia banyak taktik untuk isap rokok belakang pengetahuan aku, tapi slow slow dia cuba ambik berat apa yang aku nasihat tu. Dan sekarang, masa baru kahwin, lagi senang aku nak pantau. Kongkong demi kesihatan dan kebaikan takde salahnya der.. 

 

 Berjaya berhenti rokok sebelum kahwin :) 

Sekarang, alhamdulillah suami saya tak pernah sentuh rokok :) Oh ya. Kalau korang semua ada masalah yang sama, susah nak didik pasangan untuk berhenti rokok, aku sarankan korang semua cuba VIVIX. Sebab abang kandung dan abang ipar dah berjaya stop rokok dengan vivix tak sampai sebulan. 


Korang kena percaya yang VIVIX adalah salah satu ikhtiar untuk pasangan kita berhenti rokok tanpa demam dan tanpa guna taktik kongkongan macam aku buat dekat PP Epal. yela tak semua lelaki boleh diterima diri mereka dikongkong. haha. Kalau taknak dikongkong, nasihat mereka ambik vivix je. Macam brother bawah ni, best betul dengar cerita dia pasal rokok. 

 
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...