POST WEDDING DEKAT BUKIT CERAKAH SHAH ALAM

Lamanya peram gambar gambar post wedding dulu. Sebenarnya Post Wedding ni tak wajib pun tapi masa tu dapat free je sebab abang photographer bermurah hati nak buat post wedding untuk kitorang. Kitorang dok pilih nak post wedding dekat mana. Last last aku pilih Bukit Cerakah je sebab dekat dengan rumah. Masa tu kitorang yang baru kahwin ni duduk Shah Alam seksyen 7. So dah dekat la masa tu nak pergi Bukit Cerakah. Lagi pun last aku jejak situ masa umur aku tadika. Pergh lama gila kan? Memang teringin gila nak pergi. Orang mengandung pun tak mengidam macam aku ni

[TAMAN PERTANIAN BUKIT CERAKAH SHAH ALAM]

PROP
Aku tengok dorang buat post wedding semua lengkap dengan prop. Siap bawak belon la, papan hitam la, bakul isi buah buahan tempatan la. Tikar mengkuang la. Ah macam macam prop lagi la. Tapi aku takde masa nak buat prop semua tu bagai. Tu semua propa tau tak! So biarlah kami tanpa prop. Orang kata stand alone picture. Eh.

TEMA BAJU
Disebabkan nak bergambar dekat celahan celahan pokok dan di tepi sawah yang melaut kononnya, jadi aku pilih warna biru pink bagi kontra dengan warna hijau tu. Hihihihi. (sebenarnya baju aku stok warna tu je yang ada dan sesuai sobs sobs) Tak kuasa teman nak membeli baju lain semata mata post wedding inih!

Kalau korang masih ingat filem Sarip Dol yang suka kacau Saloma balik kerja dalam cerita Bujang Lapuk, ha macam ni la Sarip dol tu. Nyampah ai tau! HUA sarip dol jadi laki aku. Oh tidak! Sarip dol pun sarip dol la.

Aku paling suka port ni. Rasa macam feeling feeling filem cinta antarabangsa gitu.







Terasa macam kembali ke zaman bawang putih bawang merah, buai laju laju pulak! Sesiapa yang baca entry aku ni, tolong la tengok kan untuk aku, buaian ni masih ada lagi ke tak sebab aku risau runtuh lepas kitorang naik haritu. Kalau dah takde, korang tunggu la 5 tahun lagi, adalah buaian baru.



Oklah. So far tempat ni memang agak sesuai untuk buat sesi photoshoot! Boleh pakat pakat macam kuch kuch hota hai gitu! Bye!


Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
March 26, 2015 at 10:46 PM delete

Dah lama plan nak pergi bukit cerakah tapi sampai sekarang pon x pergi pergi..huhu..BTW Cantek gambar gambar :D

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 26, 2015 at 11:05 PM delete

@luqman zakaria hehe terima kasih daun keladi :)

Reply
avatar
Dalila yusof
AUTHOR
March 27, 2015 at 9:47 AM delete

wau kenangan yang paling bes nampaknya...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 27, 2015 at 10:21 AM delete

@Dalila yusof hehe. ye. kenangan manis gitu :p

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...