Tiap tiap bulan bila buat kira kira, banyak duit gaji suami kita terpaksa dikorbankan setiap bulan demi rokok. Purata harga rokok DUNHIL sekarang ni dah mencecah RM13.50 kalau tak silap. Ke lagi mahal? Tak sure pulak aku. Sebab suami dah berhenti rokok. So harga rokok tak dapat nak update buat masa ni. Hehe.
Purata para suami merokok setiap hari adalah sekotak sehari. Itu pun minimum. ada yang 2 kotak sehari. Sebab suami suami ni tak berkira nak hulur rokok dekat kawan kawan jugak. So satu hari kadang kadang boleh beli sampai 2 kotak. So kalau 2 kotak rokok, dah mencecah RM27. Cuba darabkan dengan 7 hari seminggu. Dan darabkan dengan 4 minggu. Jumlah kasar lebih kurang RM728. Ok. Dalam perkataan, TUJUH RATUS DUA PULUH LAPAN SAHAJA. Sahaja? So suami suami kita nih menggunakan jumlah wang yang banyak macam tu untuk rokok.
Untuk nampak lebih jelas lagi pembaziran rokok ni, cuba kita isteri isteri ni, darabkan jumlah tadi dengan 12 bulan. Bermakna para suami dah membazirkan sebanyak RM8,736 SELAMA SETAHUN. Dividen ASB pun tak setinggi tu. Huhu. Sebab tu perokok ni dikira sebagai penyumbang terbesar ekonomi negara! Negara peduli apa kau sakit ke apa ke effect merokok tu. Yang penting, ekonomi negara masyukk hasil duit si perokok. So kita sebagai isteri isteri ni, takkan nak berdiam diri je tengok suami suami kita membajetkan duit gaji mereka untuk benda yang sia sia ni?
Berhenti merokok ni bukanlah mudah. Jadi apa yang para isteri boleh bantu suami dari segi kurangkan ketagihan merokok? Ok jom kita baca sampai habis. Sebab aku tahu korang semua tengah berusaha untuk cari penyelesaian kepada cara nak jimatkan duit gaji suami setiap bulan!
1. PASANG NIAT DAN BISIKKAN DEKAT TELINGA SUAMI
Bukan suami je yang kena pasang niat. Tapi kita sebagai isteri pun, kena pasang niat untuk bantu suami kita berhenti merokok. Hari hari kita tanamkan dalam diri kita, yang kita MESTI bantu suami kita berhenti merokok. Bila suami dah pasang niat nak berhenti merokok, kadang kadang sambil rokok kat jari, sambil pasang azam, sayang, abang nak berhenti rokok. So nampak tak kat sini, suami je pasang niat tak mencukupi. dan mereka tak serius! So kita pun kena pasang niat untuk BANTU mereka. So setiap malam sebelum tidur, bisik dekat telinga suami, yang kita nak dia berhenti merokok. Kalau boleh, buat tiap tiap malam. Malam jumaat lagi bagus!
2. JANGAN BAGI SUAMI STRESS
Selalunya suami kita ni bagi alasan tak boleh nak berhenti rokok sebab mereka stress dengan kerja. So apa tugas kita sebagai isteri? Of course la jangan bagi mereka stress. Kalau boleh, masa suami balik kerja, pakai la cantik cantik sikit, wangi wangi sikit. Cuba kalau dorang stress kat tempat kerja, pastu balik rumah tengok rumah bersepah lepas tu keadaan diri kita pun dah macam orang gaji lagi lawa kot. So suami mana tak stress sebab dorang dah berhabis bayar duit hantaran tapi orang gaji lagi kemas dan cantik dari bini dia. Haha ok menyimpang pulak. So jaga emosi suami kita. Sebab bila mereka tak stress, kurang rasa nak merokok tu. Tapi kalau kita dah berhias, dorang tetap nak hisap rokok, eh aku pulak yang stress kalau gitu. hee
3. MOTIVASI
Cuba kita bantu suami buat bajet setiap bulan. Terangkan pada suami, kalau dia boleh kurangkan merokok atau berhenti terus, RM728 yang mereka dah jimat setiap bulan tu boleh guna untuk beli apa apa je barang kesukaan suami atau penuhi hobi kesukaan suami macam travel ke. Tapi jangan pulak cakap, Abang, kalau abang boleh berhenti merokok, duit RM728 tu saya boleh shopping dekat Zalora tau! Saya boleh beli barang kemas tau! Memang tak menyeronokkan si suami yang mendengar. So kita gantikan dengan barang kesukaan mereka. Mesti mereka rasa termotivasi untuk berhenti rokok.
gantikan gadget kesukaan suami sebagai pendorong untuk mereka berhenti rokok
4. KASIH SAYANG
Sebagai isteri dan ibu kepada anak anak suami kita ni, gunakan kuasa kasih sayang anak isteri untuk bantu mereka berhenti rokok. Boleh suruh anak yang baru nak berlatih bercakap tu, pergi dapatkan ayah dorang, ajar dorang cakap sesuatu yang menikam kalbu. Contohnya, "babahh, babah namo icap okok agi. nanti babah mati cepat cape nak jaga bobo. bobo cayang babah" alolololo
Sebagai isteri, kita boleh bantu suami untuk berhenti rokok dengan cara menghadiahkan mereka dengan supplemen. Contoh macam VIVIX Shaklee yang memang dah nyata berkesan untuk hentikan ketagihan rokok dalam masa 2 minggu. Para isteri kena faham, supplemen macam VIVIX ni walaupun mahal, tapi sangat membantu suami kita. VIVIX ni akan pulihkan DNA dengan cara membuang nikotin yang bersarang dalam sel badan. VIVIX bukan pengganti nikotin tapi terapi untuk membuang nikotin.
Cuba kita dengar perkongsian salah seorang suami kepada seorang isteri yang mencuba cuba untuk bantu suami dia berhenti merokok.
Jom kita mulakan hari ni, jimatkan duit gaji suami kita RM728 sebulan dengan cara membantu suami kita berhenti merokok. Banyak tips yang aku dah kongsikan, tapi kalau korang nak cuba cara terpantas iaitu penggunaan supplemen VIVIX tu, boleh cepat cepat whatsap pengedar yang bertauliah di 0126716961.
5 komen
Write komensyukur alhamdulillah suami saye xmerokok..
Replyhihi
Terbaik,!!!
Reply@Ezy Loy hehe..alhamdulillah..jimat duit kan hehe
Reply@azureen nurain thanks lalingggg
Replykalau perokok xde niat nak berhenti..
Replysusah
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon