5 TIPS PALING SENANG SUPAYA SUAMI SAYANG DEKAT KITA


Tips paling senang supaya suami sayang dekat kita. Haha. Nak tahu rahsianya? Ala, senang je. Tak perlu jadi cantik macam Che Ta pun. Kalau buat tips ni komfem suami sayang kita taknak cari lain dah. Tapi kalau lepas kita buat tips ni suami kita tetap pandang perempuan lain, anggap jela itu semua suratan takdir. Lumrah kehidupan. Memang dasar lelaki kan. Eh. 

5 TIPS PALING SENANG SUPAYA SUAMI SAYANG DEKAT KITA




1.  PANDAI BERHIAS
Isteri kena pandai berhias. Ala berhias tu takde la sampai malam malam pun kena tepek foundation kan. (nak tutup cela jerawat makan je vitamin E!) Cukup sekadar sejuk mata suami memandang. Awas! Jangan jadi hantu kak limah depan suami. hihi Kalau dah rupa macam tu macamana suami nak terangsang, terpengsan tu adalah.

2. PANDAI BERGURAU
Bergurau dengan suami. Jangan bawak muka masam dekat pejabat, bawak balik rumah. Kalau suami buat lawak, walaupun tak berapa kelakar, kita sebagai isteri kena la gelak. Walaupun gelak tak ikhlas, tapi suami suka isteri sambut lawak bodoh mereka tu. 

3. TIDAK BUSYBODY
Jangan jaga tepi kain suami atau pun jangan terlalu busy body sampai bunyi mesej pun terus berkejar dari dapur nak baca siapa yg hantar mesej tu. Last last ikan pun hangus dekat dapur tu sebab perangai yang suka busybody telefon si suami. Buat rileks sudah. Dia tidur kang kau check la. haha
 


4. TIDAK BANDINGKAN SUAMI
Tidak banding bandingkan suami dengan suami Kak Peah, suami kak julia, atau pun suami si nora danish. Suami pun manusia jugak. Lain manusia lain pro n cons nya. Mungkin suami kita hodoh. Tapi bersyukur la, sebab kan dia hodoh, mesti kita tak risau tak ada perempuan lain nak kat dia. Kita nak banding banding suami dengan kehenseman suami orang lain. Last last bini dia dapat madu. haha

5. JANGAN CURANG
Jangan curang atau cuba untuk curang. Kalau rasa nak curang, make sure jangan kahwin lagi. Curang puas puas masa kita belum jadi isteri. Sebab masa tu dosa curang dengan pakwe tak seberat dosa dengan suami. haaaaa kann.. 

Senang kan?

Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
ezy.fia
AUTHOR
March 28, 2015 at 6:55 PM delete

kite bz body la.. sllu nk tgk msg n wasap suami.. ekeke

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 28, 2015 at 11:20 PM delete

@Ezy Loy hehehehe...kdg2 mmg perlu spotcheck pun kann

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...