PROJEK TAKNAK MAKAN NASI : BARBEKU OK?

 PROJEK TAKNAK MAKAN NASI BERMULA

Haritu family aku bajet bajet nak diet. Taknak makan nasi. POOOODAHHH. walaupun aku dah banyak kali tegaskan nasi bukan punca gemuk. Tapi dorang degil taknak dengar cakap pakar konsultasi nih. Ha nasiblah korang. So aku pun terpaksa tanpa rela join aktiviti taknak makan nasi malam tu. Kitorang buat barbeku je. Cewah.. (kau ingat makan ikan sotong udang tu semua tak gemuk???)


Macam biasa sebelum buat pape, bara kasi siap dulu haa..kang jangan udang sotong semua dah siap perap, kau baru terhegeh hegeh nak tiup bara. memang buat aku membara! Perut dah la lapar! Aku kalau dah lapar, memang mengundang jawabnya nanti! hihi

Ni semua orang orang kuat dalam menjayakan misi barbeku kali ini. Muka nampak profesional. tengok janggut la bro! Jangan gugur dalam bara tu sudah la. Aku saman korang nanti. Nampak dorang ni macam pro. Tapi hasilnya belum tau lagi. Tunggu..kau tunggu kejap lagi. Entry aku tak habis lagi ni nak cerita!


Apa pun, petang petang lagi bahan bahan yang nak dibuat barbeku dah siap diperap. Ada ayam, sotong, sosej, udang, daging berger, dengan ikan. 

Aku tak tahu kenapa PP Epal perati dari jauh sekali. Mula mula tadi bukan main lagi macam AJK penting. Time bakar, takkan tengok je? Memang harapkan pagar, pagar makan padi betul. Dan lastly hasilnya memang memuaskan hati. Kitorang ni jenis makan sempoi dan sepah sepah je. Eh korang tau ke apa istilah makan sepah sepah? 

Ni la istilah makan sepah sepah. Ala kitorang memang sempoi sempoi je. Takde table ethic langsung. haha. Tapi takde la sampai tak boleh dibawak ke majlis. Motif barbeku ni cuma nak lepak lepak je sambil makan. Kawasan porch kereta depan rumah pun jadi la bentang tikar. Style apa..

Korang tengok la apa yang terjadi dengan hasil barbeku kitorang. Sosej pun rentung. Adoila. Tapi sosej jela yang buat perangai. Yang lain ok je. Ni semua salah AJK yang konon profesional tadi. Bakar sosej pun hangus! Apa pun tak boleh. 

Grrr..




Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
Unknown
AUTHOR
March 21, 2015 at 8:13 PM delete

amboi sakan yeee. haha! tapi kenapa rentung sosej tuuuu

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...