KENAPA BLOGGER KENA PAKAI TEMPLATE BLOG YANG RESPONSIF?

Kome semua perasan tak sejak dumenjak ni Belog Cik Aish ni cepat bebenor tukar template. Memang dari dulu teman memang cukup suka menukar wajah blog. Nasib baik plastik surgery tu mahal kalau idak, memang tiap minggu wajah teman berubah rupa! 

BLOG RESPONSIVE

Mesti ramai yang tak tahu apa itu blog responsive. Template blog yang responsive ni, bila orang google dekat telefon bimbit, atau apa jugak jenis gadget, layout blog tu tak lari. Dia akan seragam dengan saiz skrin gadget kita. Kalau kita pakai template biasa, orang yang view blog kita, dia kena usik usik skrin tu ke kiri ke kanan sebab sidebar belah kanan tak nampak. 

So aku suka dengan template responsive sekarang. Sebab yela, buat biznes online, semestinya target buyer adalah yang rajin online. Tapi zaman sekarang, orang rajin online dekat gadget je! So sebab tu pentingnya pasal template Yang responsive! :) Supaya mereka lebih selesa bershopping shoppingan dekat blog macam ni.

"Eh cik aish buat business apa ye?"

Selain menternak Ringgit Malaysia dengan Nuffnang, aku jugak buat side income melalui produk Supplemen Shaklee. Apa kaitan business dengan template blog? Ha...ingat buat business online ni sekadar tepek gambar produk lepas tu suruh orang beli, kalau tak beli terus merajuk siap deactivate akaun fb. Eh. 

Aku percaya, kejayaan akan datang bermula dari satu langkah pada hari ini. Jadi, jom kita perbaiki lagi blog kita supaya business online akan terus berkembang maju!! Herp hep horay!

Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...