Irine Humaira 31 Mac ni dah genap umur dia setahun 2 bulan. Hehe. Cepat betul budak kecik ni membesar. Rasa macam baru je aku kenal PP Epal 2 tahun lepas dekat Facebook. Ok. Ayah mengurat mama dekat Facebook ye. Ingat tu Irine. Ada jugak gunanya laman sosial tu. haha. Erm tak lama lagi Irine dah tak baby lagi. Makin besar, makin banyak ragam dia. Ragam ikut stage umur bak kata orang!
Masa umur Irine masuk setahun, dia memang suka makan. Selalunya satu hari, pagi dia akan makan lontong. Tapi takde la letak sambal nanti pedas pulak. Bayangkan bayi setahun dah suka makan lontong! Selalunya 3 4 ketul nasi himpit dia balun. Tengahari pulak menu dia mesti bubur nasi. Aku akan pelbagaikan lauk bubur tu. Kadang kadang letak carrot. Kentang ke, brokoli ke, atau pun ayam dengan sosej. Dari kecik ni la ajar dia makan sayur. :)
Minum petang pulak mesti ada. At least kuih sejenis atau pun biskut. Sebab kalau takde, dia macam gelisah semacam. Mula la merengek. So kalau perut kenyang, dia akan happy dan buat hal dia sendiri. Main sambil membebel ke apa ke. Senang hati la katakan perut dah kenyang! Malam pulak dia akan makan bubur nasi lagi.
Makan makan dan makan!
Alhamdulillah sangat selera makan memang kalah mamanya. Tapi ada satu benda yang buat aku bingung. Irine masa umur setahun ni, dia dah kurang sangat minum susu. Dia taknak minum susu. Malam je minum. Tu pun sebab dia mamai. Tak sedar. 2 botol je dia balun. At least masuk jugak la susu dalam perut dia dari tak ada langsung.
JUMPA DR SYED KPJ
Bulan lepas masa Irine pergi KPJ untuk buat suntikan imunisasi umur setahun tu dengan Doktor Syed, doktor feveret Irine tu kata, kalau dia minum susu cuma 2 botol sehari, its normal. Sebab berat badan Irine sangat seimbang dengan umur dia. Siap tnjuk graf lagi dari Irine baru lahir, sampai Irine umur setahun ni. Berat sangat ideal. Tak underweight, dan tak jugak overweight. Syukur at least tak a risau aku dibuatnya.
"Kalau Irine kurang minum susu, make sure dia makan makanan yang cukup dan seimbang. Cukup sayur, ayam, ikan, buah. Seimbang ikut piramid makanan. Kalau nak tambahkan kalsium, sebab dia kurang minum susu, boleh ganti dengan makanan tenusu yang tinggi kalsium macam bayam, yogurt, keju atau apa apa jela. So bila umur macam ni, makanan seimbang tu lebih penting. Kurang susu tak apa asalkan berat badan ideal"
Lega bila doktor PD cakap macam tu. hehe.
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon