MASALAH SENGGUGUT TERUK!
Selalunya benda yang paling perempuan takut selain sakit beranak, adalah senggugut. Yang pernah alami je tau apa rasa dia. Memang sakit. Jadi kali ni aku nak kongsikan sedikit tips macam mana nak kurangkan sakit senggugut.
Amalkan sikap positif dan bertenang.
Jangan terlalu fokus kepada kesakitan tersebut dan cuba buat perkara
lain yang boleh menenangkan anda. Banyakkan berzikir dan berdoa.
Awasi Garam Dalam Makanan
Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak
air. Ini boleh menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid.
Makanan ringan merupakan contoh antara makanan yang mengandungi garam
berlebihan. Elakkan makanan seperti ini beberapa hari sebelum
kedatangan haid.
Gunakan Pad Pemanas
Pad pemanas ada dijual di farmasi, dan ia boleh digunakan untuk
melegakan rasa sakit di bahagian perut. Selain itu, cara yang lebih
mudah ialah dengan menggunakan botol berisi air panas yang dibalut
dengan tuala sebagai alat tuam. Anda juga boleh mandi air hangat atau
suam untuk mengurangkan kesakitan.
Minum Air Suam
Elakkan ais dan minuman sejuk. Minuman halia madu lebih bagus. Semasa
air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar
madu. Minum setelah suam.
Urut
Urutan mampu melegakan kesakitan akibat kontraksi otot-otot di
bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan urutan
lembut. Anda juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk, dan
dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.
2 komen
Write komensaye ni kdg2 senggugut kdg2 tak..
Replykalo senggugut takde terok sgt..
kalau senggugut tu..leh sampai guling2 sambil pegang perut...bila dah ambil supplemen shaklee semua tu dah xde lg..
Replyjom ziarah blog saya pula..
http://irdinasvitafamily.blogspot.com/
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon