Assalamualaikum
Dari dulu, aku memang suka tengok perempuan cantik. Bagi aku, perempuan yang cantik ni ibarat permata yang berharga yang perlu disyukuri lagi lagi si empunya badan! Tapi kadang kadang kalau rupa paras cantik, sayangnya kalau miss v pulak yang problem. Sebabnya, malas nak jaga kebersihan miss v. Ops!
Sebelum kita semua dapat penyakit macam macam, contoh penyakit kanser serviks, atau keputihan melampau, baik la cepat cepat cegah dengan cara jaga kebersihan miss V tu! So jom kita check satu satu macam mana cara dan tips untuk jaga kebersihan miss V
1. BERHATI HATI BILA MENCUCI
Bahagian sulit ni sangat sensitif kalah nyahh you...hehe. So kita kena elak dari mencuci miss Vdengan alat pencuci yang boleh menyebabkan kekeringan. Miss v perlu lembap dengan rembesan semulajadi. Sila basuh miss V setiap hari dan paling penting, lap hingga kering selepas tu.
2. MULAKAN DARI DEPAN KE BELAKANG
Apabila basuh, mulakan dari depan ke belakang. Supaya bakteria dari anus tidak menjangkiti miss V! Ni nak cerita la jugak. Macam Irine, walaupun masih kecik, tapi bila ayahnya kena time tolong basuhkan berak dia, haha, aku akan ajar hubby untuk cuci betul betul. Dari depan ke belakang. Aku tanya pp Epal, awak cuci berak irine macam mana? Dia jawab, saya cuci depan ke belakang, belakang ke depan la, tak betul ke? Ok. So make sure korang guide jugak hubby masing masing untuk tahu cara yang betul cebok anak memasing ye. hehe
3. PAKAIAN LONGGAR
Selalu kita suka tengok perempuan yang kaki kurus kurus ni pakai jeans yang ketat ketat. Bukan je menjolok mata, tapi membahayakan miss V jugak! Sebab jeans yang ketat boleh menghalang pengudaraan dan menyebabkan jangkitan kulat pada kulit. Sebab tu dalam Islam, Allah suruh kita yang perempuan perempuan ni, pakai pakaian yang longgar! Ni salah satu sebabnya. :)
4. PAKAIAN DALAM SELESA
Kalau pilih seluar dalam, pilih yang dari material kapas, dan tidak terlalu ketat. Jangan pilih sebab cantik, banyak renda, tapi tak serap peluh. G string? Tu aku no komen. hehe
5. SUPPLEMEN PENCEGAH KULAT
Selalunya kita boleh jugak amalkan makanan tambahan macam Garlic untuk cegah kulat makin teruk, atau hentikan keputihan yang makin tak terbendung! Garlic ni bawang putih yang mampu untuk kuatkan antibodi kita dan cegah kulat!
PENGALAMAN PUAN ZAIMAH : MALU NAK BERSAMA DENGAN SUAMI AKIBAT KEPUTIHAN MELAMPAU
6. JANGAN LUPA TRIM
Semak samun jangan dibiarkan. Malula wehhh kalau malam malam suami kita terkejut tengok semak samun. Ha yang dah kahwin je paham. So, semak samun ni perlu la ditebas atau ditrim dengan kemas dan bersih. Bila tak ada semak samun, bakteria pun tak hinggap lama lama.
Oh
ye. Kalau korang berminat untuk dapatkan konsultasi tentang makanan
tambahan untuk bantu elakkan keputihan dan dalam masa sama dapat menjaga kesihatan miss V, boleh dapatkan
melalui :
- ismaliza@pknsre.com
- FB Personal : Isma Lyeza
- FB Fanpage Shop : Rahsia Kurus Dan Langsing
- Instagram : Aish Elis
- Whatsap : 0126716961
3 komen
Write komenno 3 tu setuju sangat! :) betol2 saya ada belajar kalau nak cuci miss v dr depan ke belakang...hehhe tu lah sebbnya...eheh
Replyoops. hehe. thanks for sharing ye. :D
ReplyWah.. Perkongsian yang sangat menarik sekali. Tips Bersihkan Miss V
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon