TAWARAN TERAKHIR UNTUK PENGGEMAR ESP SHAKLEE - HARGA PROMOSI SEBELUM GST

Semalam kalau ikutkan adalah tarikh terakhir untuk semua penggemar produk vitamin terkemuka Shaklee untuk dapatkan harga istimewa promosi bulan Mac dan harga terkahir sebelum GST dikenakan. So semalam memang melambak lambak order. Alhamdulillah. Semua pakat nak beli at least buat stok untuk 2 3 bulan. yela aku paham korang semua tak ready lagi untuk beli masa GST nanti kan? 
Kebetulan semalam aku pergi Hotel Equatorial Bangi untuk sambut Harijadi abah yang ke 71. Agak kelam kabut jadinya sebab order dari sistem kena sebelum pukul 12 tengah malam. Sedangkan pukul 9 malam aku masih dekat Equatorial lagi. Bateri pun nazak. Bayangkan betapa seram dan nevesnya! Terbayang bayang duit customer yang dah terima, semua berebut rebut nak transfer sebelum pukul 12 malam. So kalau dah transfer, tak dapat bayangkan kalau aku tak sempat nak orderkan. 


So sampai rumah semalam dekat pukul 10. Terus on laptop dan order stok berhantu ni. tapi ya rabbi bayangkan disebabkan Shaklee dah announce semalam tarikh terakhir untuk order, dan sistem akan shutdown sampai 1April nanti, traffic terus jam! Bukan traffic highway utara selatan macam dekat RNR Nilai tu! Tapi lagi dasyat! Bayangkan dari pukul 10 malam tu aku bukak sistem, terus stuck sampai pukul 12 malam. Rasa macam tergamam, terkejut beruk, rasa nak nangis tepi katil pun ada. ORDER TAK BUAT LAGI !!!!!!

Terus masuk bilik, tidur dengan Irine. Merajuk dengan Shaklee. haha. 
-
-
-
-
-

Bangun pagi tadi, terus dapat masej dari Shaklee. Bunyinya begini. 

"Due to overwhelming response, March month end is extended untill 29 March 2015 for online orders only"


HEP HEP HORAY!
Terus dengan tak mandi lagi, bukak laptop, buat order. hihihihih. Alhamdulillah. Lepas bagitahu customer yang lain, dorang pun nak order lagi sebab ingatkan semalam last day. Tapi Shaklee paham akan keadaan traffic jam dekat sistem malam tadi. So depa lanjut sehari lagi. Miracle! 


Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...