Assalamualaikum
Agak agak korang rasa cukup tak gaji bulanan sebanyak RM2500 sebulan? Cukup tak gaji RM2500 tu untuk menampung perbelanjaan kita seharian? Lain orang lain pendapat. Bila ada yang bersetuju, dikatakan emosi dan tidak tahu bersyukur. Ada juga yang tidak kisah dengan gaji banyak tu dan merekalah manusia paling bersyukur di dunia.
Pendapat aku? Memang tidak cukup gaji RM2500 sebulan. Lepas kerajaan naikkan harga minyak atau bahasa lembutnya 'kurangkan subsidi minyak', harga barang sudah pastinya naik melambung. Tu belum termasuk golongan yang mengambil kesempatan naikkan harga sesuka hati atas alasan harga minyak naik. Kuih pun boleh jadi mahal kerana minyak. Adoi.
CUKUP TAK GAJI RM2500?
Tu belum kira harga rumah lagi. Sejak aku terlibat dengan jual beli rumah ni, baru aku tahu betapa harga rumah sekarang memang tak masuk akal. Semuanya sebab harga barang naik. Sebab apa? Sebaba harga minyak naik. Kadang kadang pergi supermarket, nilai RM50 tu dah macam 5ringgit punya value.
Tak reti bersyukur? Beli handphone mahal mahal boleh pulak.
Pendapat aku, ini adalah hak masing masing. Aku rasa beli gadjet mahal, memang itu semua kemahuan. Bukan keperluan. Tapi bila berada di zaman teknologi canggih sekarang ni di mana kerajaan sendiri mahukan rakyat yang berdaya saing, berteknologi dan inovatif, kreatif segala bagai, benda benda tu semua adalah keperluan bukan lagi kemahuan.
Sebagai seorang yang bekerjaya dan dalam masa yang sama buat pendapatan sampingan seperti business Shaklee, aku memang memerlukan gadjet yang canggih dan memenuhi keperluan aku sebagai penjual. Segala rekod tunai dan jual beli, rekod pelanggan, aku kemaskini dalam handphone. Zaman sekarang dah tak boleh catit dalam buku nota sekolah lagi. Sebabnya, selari dengan teknologi zaman sekarang, aku lagi suka menggunakan cara yang lebih pantas dan cepat.
Bila mana rakyat disuruh untuk bersyukur dan gunakan apa yang ada, kawal perbelanjaan, aku jadi termenung kejap, tang mana aku nak cut cost lagi. Sedangkan jana pendapatan sampingan beserta gaji tetap dari kerja hakiki setiap bulan pun sesak nafas. Ini kan pula mereka yang mengharap gaji semata mata untuk menampung kos perbelanjaan masa kini yang tak masuk dek akal.
Sebelum kerajaan minta rakyat untuk uruskan perbelanjaan dengan baik, adalah lebih baik kerajaan belajar untuk uruskan perbelanjaan dengan baik. Kurangkan makan masa mesyuarat ye. Kurangkan melancong bawa keluarga ke luar negara setiap kali ada outstation. Kurangkan perbelanjaan negara. Baru ajar rakyat macam mana nak kurangkan perbelanjaan harian.
Cukup tak gaji RM2500?
Tidak sama sekali.
Korang .. aku tak tahu la.
SHARE JIKA LIKE!
2 komen
Write komenkalau gaji tak sampa8 2500 lak caner....ermmmm
Replyni katanya elaun menteri dan ahli parlimen naik gittew
Replytang dorang boleh naik pulak kan
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon