REVIEW SAMSUNG NOTE 4

Kali ni nak share review tentang Samsung Note 4. Sebelum beli mesti korang nak tahu dulu pengalaman orang lain yang dah beli. Review best ke, ok ke, tak ok ke. Betul tak? Jadi aku nak kongsikan dengan korang sedikit info tentang Samsung Note 4 selepas beberapa hari pakai. 




Actually aku memang suka ambik gambar. Demi menyahut seruan 1 blogger 1 DSLR. Tapi mengenangkan DSLR tersangatlah besar dan berat, maka aku membatalkan hasrat dan cpend duit untuk beli Note 4 terus. Lagipun aku banyak nak guna untuk kerja. Lagi lagi biznes Shaklee. 

Review tentang Samsung Note 4
Rekaan yang lebih elegent. 

Ada satu line metal sekeliling note 4. 

Bila pegang rasa selesa dan nampak eksklusif sebab ada metal dekat bahagian tepi telefon tu. So takdela nampak plastik sangat kan. 

Lebih laju
Pengalaman pakai Samsung Galaxy S series sebelum ni, bila simpan banyak file dan gambar, mula la hang. Lepas tu operation pun slow je. Tapi Note 4 ni aku perasan dia lebih laju dan smooth. Better dari Note 3 

Batery 
Yang ni aku rasa ada improvement jugak. Tahan lama. Tapi depends pada penggunaan kita jugak. Dan yang bestnya, caj setengah jam dah penuh 50% batery. Caj lebih pantas. 

Kamera
Aku tahu korang mesti tunggu aku review tentang kamera dia. Yup. Kamera Samsung Note 4 memang ohsem tersangat sangat! Kamera dia 16MP dan front camera dia 3.7MP. So boleh berselfie dengan jayanya! Dan dia ada fungsi wide selfie. Orang kata, satu team bola pun muat masuk dalam satu gambar!


Touch sensor untuk snap gambar

Sensor untuk snap gambar
Lepas ni kalau nak berselfie, tak perlu susah susah cari button tepi atau touch depan skrin. Cuma touch sensor yang ada dekat belakang note 4 ni. Dah boleh snap gambar! 



Snap gambar guna Samsung Note 4




Secara keseluruhan, Samsung Note 4 memang berbaloi untuk korang beli sebijik. Tapi kalau saja saja tukar, mungkin fikir 2 3 kali jugaklah sebab harga dia pun boleh tahan. RM2499. Tapi aku beli sebab Samsung S3 aku dah pecah skrinnya. So dah alang alang nak membeli fon baru, angkat Note 4 terus la puas hati. Lagipun PP Epal bayarkan separuh. hue hue hue. 





Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
nini
AUTHOR
October 29, 2014 at 11:23 PM delete

wow bestnya....aa org nak bg adiah dak...hihi

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...