.

.

ASTAKA MOROCCO PUTRAJAYA : LOKASI PHOTOSHOOT

Sebenarnya masih ramai yang tak tahu Astaka Morocco Putrajaya antara yang menjadi pilihan ramai bakal pengantin untuk photoshoot. Aku pun masa mula mula survey lokasi photoshoot untuk pre wedding, teruja, ada jugak lokasi cantik macam ni dekat Putrajaya. Dekat pun dekat dari rumah. Astaka Motocco antara lokasi photoshoot yang penuh dengan seni reka unik! 

Ini pintu masuk Astaka Morocco. Oh ye Astaka Morocco ni terletak di Taman Botani Putrajaya. Presint 1 kalau tak silap. Tak ada tiket pun. Masuk secara percuma je! 

Rekaan seni ukit dekat sini agak cantik jugak. terasa macam bukan dekat Malaysia puleks. hehe. Time aku datang ni tak ramai pulak. Kalau tak penuh dengan pengantin siap rebut rebut port nak ambik gambar. 



Aku paling suka ambik gambar dekat sini. Ni la tempat bergambar masa pre wedding dulu. Tapi penat dok cari dalam komputer. Tah ke mana pulak folder gambar tu semua. Tak pe kalau jumpa nanti next entry aku akan update gambar pre wedding dekat Astaka Morocco ni. 




Dalam Taman Botani ada taman. Dah nama pun taman. haha. so kitorang melepak tak hengat dunia kat sini. Ramai keluarga yang bentang tikar siap bawak bekal makan makan lagi kat sini. Tak kurang jugak yang berphotoshoot siap bawak belon belon, ah macam macam prop dorang bawak. 


 Ok Last sekali haruslah berphostoshot dengan Irine Humaira anak mama yang sorang ni. Tiada sebarang unsur paksaan pun kat gambar ni tau! Hehe. Oklah. Sebenarnya banyak lagi gambar Astaka Morocco yang aku nak upload tapi banyak dalam folder Pre wedding yang tah kemana masih belum dikesan sampai ke harini. hehe. 

Next time dah jumpa aku post entry pasal pre wedding dekat Astaka Morocco pulak ye.

Tag : review, travel
2 Komentar untuk "ASTAKA MOROCCO PUTRAJAYA : LOKASI PHOTOSHOOT"

mmg kat cni cntik...puas bergmbr..hee

Untuk pre wedding photoshoot kat astaka morocco ni kena bayaran tak?

Back To Top