Festival Pengantin Malaysia 2014
Festival Pengantin Malaysia yang diadakan dari 10 hingga 12 Oktober 2014 bertempat di Kompleks PKNS Bangi pastinya sesuatu yang ditunggu tunggu oleh semua bakal pengantin! AKu sendiri pun teruja tengok pelamin pelamin moden sekarang ni. Rasa macam nak bersanding lagi sekali puleks..
Ada Rumah Kebaya tau! Kalau korang nak tau pasal Rumah Kebaya ni, search dekat facebook. Femes jugak butik pengantin ni tau! Decoration dia pun tiptop. Tengok la pelamin yang kitorang snap ni!
Yang ni pulak hiasan meja tetamu ataupun sesuai jugak kalau kita nak pilih untuk meja makan beradab. Kelasss you. Memang cantik. Eh baju aku macam menepati tema pulak kan?
Yang ni aku tak sure pulak tempat apa. Moden sangat majlin kahwin sekarang sampai aku pun tak tahu ni untuk apa sebenarnya. Mungkin tempat datin datin dan datuk datuk berkumpul? Hihihih
Lastly haruslah bergambar dengan pengantin sedondon dengan kitorang. Warna pink belacan memang cantik kalau pakai hari bersanding. Nampak sweet je. Betul tak wahai penggemar pink?
Siapa yang tengah plan nak kahwin tu boleh la survey apa apa yang patut kat sini. Seeloknya pelamin dan baju ni pilih awal awal sebab selalu fully book lagi lagi butik yang terkenal macam RUMAH KEBAYA tu.
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon