Dah lama tak jenguk Nuffnang. Teringin nak cash out sejak sekian lama. Alhamdulillah. Lepas la bayar sewa kereta sebulan. Hik Hik. Syukur walaupun tak sebanyak blogger hebat yang lain. Dan kali ni rasa Nuffnang sayang lebih pulak dekat blog ni sebab banyak iklan yang dia nak letak dalam blog tak seberapa ni. Syukur.
Iklan nuffnang yang baik hati
Bila tengok status iklan iklan tu semuanya on going. On going la korang asalkan korang happy duduk dalam blog aku ye. Apa pun untuk blogger blogger yang masih baru, Nuffnang ni merupakan syarikat pengiklanan yang akan tengok prestasi blog kita sebelum mereka yakin untuk letak iklan dalam blog kita. Jadi buat blogger baru, pertama sekali yang korang perlu lakukan adalah naikkan pageview blog korang. Rajin rajin update. Bila ramai pembaca masuk blog korang, baru nuffnang bagi status Glitteri pada korang dan barulah nuffnang beli ruang iklan dalam blog kita untuk dorang letak iklan iklan dorang tu.
Macam aku, blog ni takde la berprestasi tinggi sangat pun, tapi alhamdulillah la nuffnang sudi letak iklan dari dulu sampai sekarang. Merasa la duit nuffnang tu untuk buat belanja dapur! eh macam mak mak sangat kan? ok bai. Happy deepavali semua yang beragama hindu okay! Ada masa kita makan maruku sama sama!
1 komen:
Write komenbyk giler BE kn..
Replynuffnang baik hati semcm je.. ihiks
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon