Vitalea Shaklee Untuk Naikkan HB Rendah Masa Mengandung. Masa mengandung, setiap kali kita check up di mana mana klinik, mesti kita nak tahu apa keputusan hb kita. Ada orang sampai kena marah dengan nurse sebab hb rendah. Ada yang atas pagar pun kena marah jugak. HB tak pernah naik dari mengandung sampai bersalin. Hati hati ye. HB rendah ni boleh bagi kesan selepas bersalin. Ibu akan rasa nak pitam. Pantang duduk, nak bangun je mesti nak pitam. HB rendah selalunya bermula dari 11 ke bawah.
Baca : Ibu Berpantang Tak Boleh Bangun Dari Katil 2 Hari
HB rendah masa mengandung mengundang bahaya
HB CANTIK SETIAP KALI CHECKUP
Alhamdulillah. Ini result bacaan HB saya bila checkup di klinik kesihatan. Dalam banyak banyak benda yang paling saya takut adalah HB rendah. Minta dijauhkan. Amin. Dan walaupun ini kehamilan kedua saya, saya tetap nak berikan yang terbaik untuk diri saya dan juga baby kedua yang bakal dilahirkan kelak. Insya Allah. Maka dengan itu, saya berjanji pada diri sendiri untuk berikan pemakanan yang lengkap dengan vitamin dan zat untuk keperluan diri dan baby.
BAHAYA HB RENDAH KEPADA IBU
Semua tahukan, HB rendah ni akan menyebabkan beberapa simptom kepada ibu hamil iaitu :
• Mengalami Keguguran
• Mengalami kegagalan jantung
• Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
• Pendarahan semasa hamil dan bersalin
• Risiko mengalami penyakit berjangkit
BAHAYA HB RENDAH KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN
Manakala kesan kepada baby di dalam kandungan ialah :
• Lahir pramatang atau tidak cukup bulan
• Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
• Anak lemas semasa lahir atau Aspyxia
Intrauterine growth restriction (IURG) atau pertumbuhan janin terbantut.
• Mati ketika dilahirkan atau stillbirth.
BAGAIMANA NAK MEMASTIKAN HB SENTIASA CANTIK?
Ini antara tips dari saya sendiri yang tiada masalah berkaitan HB rendah. Mungkin ibu ibu luar sana boleh cuba.
- Konsisten dengan pengambilan VITALEA + B COMPLEX + VITAMIN C dari Shaklee
- Banyakkan minum air masak
- Banyakkan pengambilan sayur-sayuran hijau
- Banyakkan pengambilan buah-buahan, terutama sekali jambu batu & oren
- Banyakkan makan makanan "isi" ayam (hati)
Insya ALLAH, sepanjang kehamilan, bukan sahaja HB cantik, dari segi kesihatan dalaman, tumbesaran baby di dalam, kecantikan, level energy booster meningkat!
Sebelum ni bacaan HB 8.7 dan selepas dua minggu bacaan HB jadi normal. Jom kita tengok video ni
PERANAN VITALEA SHAKLEE UNTUK NAIKKAN HB MASA MENGANDUNG
Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee mencipta salah satu multivitamin pertama di A.S. Dari asas inilah terhasilnya Vitalea.
- Membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaanya ibu mengandung akan kekurangan zat besi. Kurang zat besi boleh menyebabkan ibu mudah pitam. Kebanyakan ibu hamil yang consume Vitalea, doktor dan nurse sentiasa puji bacaan HB dan BP cantik. Jadi tak perlulah repeat checkup 2 minggu sekali.
- Vitalea adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan wanita mengandung. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.
- Vitalea mengandungi 400mcg asid folik, vitamin B yang diperlukan untuk tubuh yang sihat, melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik
- Menyokong kesihatan optimum. Nutrien penting untuk kesihatan dan kesejahteraan optimum.
CARA PEMBELIAN VITALEA UNTUK NAIKKAN HB RENDAH MASA MENGANDUNG
CARA 1
Anda boleh terus klik ke VITALEA ini
dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink
dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan
CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan
konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara
pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda
berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan
pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.
Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
IG : @almaricantikdotcom
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik
PENAFIAN :
Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja.
Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan
perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual 'tidak semestinya mewakili pandangan
pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai
pengalaman yang sama.
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon