Ibu Mengandung Banyak jerawat. Nah Tips Untuk Hilangkan
Jerawat Dengan Selamat. Ada sesetengah ibu mengandung, jerawat memang banyak
dekat muka. Penggunaan pencuci muka pun terhad sebab takut terguna pencuci muka
yang tinggi bahan kimia sampai boleh effect baby dalam kandungan. Tapi bila
abaikan penggunaan mencuci muka, makin kusam sampai naik menyampah tengok muka
sendiri dekat cermin. Teruk kan?
PUNCA UTAMA IBU MENGANDUNG BANYAK JERAWAT
Antara punca paling utama adalah kerana perubahan hormon. Ya hormon semasa mengandung akan menyebabkan jerawat pada muka. Sebum menjadi sangat aktif dan minyak menjadi lebih banyak.Serpihan sel yang mati akan mengakibatkan liang pori tersumbat. Bakteria akan membiak dan jerawat kemerah-merahan mula tumbuh. Jangan susah hati sebab ini semua adalah normal. Cuma sanggup tak sanggup jela nak hadapi masalah jerawat ni. Tak semua yang alami masalah jerawat masa mengandung, macam saya sendiri, alhamdulillah usia kandungan dah 5 bulan tapi seketul jerawat pun susah nak timbul. Nanti saya share serba sedikit tips yang saya amalkan ye
TIPS PENJAGAAN MUKA UNTUK
HILANGKAN JERAWAT MASA MENGANDUNG
Sebelum saya nak kongsikan dengan anda tips hilangkan jerawat masa mengandung yang saya sendiri amal, kita baca dulu perkongsian tips yang saya ambil dari artikel ini
- Jangan selalu menukar krim rawatan wajah sama ada krim pemutih wajah atau krim rawatan wajah yang lain. Hal ini untuk mencegah iritasi dan alergi pada wajah anda.
- Bersihkan wajah dua atau tiga kali sehari menggunakan pembersih wajah lembut dan bebas minyak. Basuhlah wajah menggunakan air suam, dan keringkan dengan lembut dan gunakan pelembab wajah bebas minyak. Jangan mengeringkan wajah dengan cara menggosoknya, tetapi menepuk-nepuknya secara lembut.
- Jika tangan anda kotor jangan sekali-kali menyentuh jerawat dengan tangan yang kotor. Selalu bersihkan wajah dengan lembut dengan tujuan mencegah penyebaran bakteria penyebab jerawat ke bahagian tubuh lain
- Lakukan senaman secara rutin supaya peredaran aliran darah meningkat dan dapat meningkatkan peredaran aliran darah, hal ini untuk menjaga kesihatan kulit.
- Jangan sekali-kali menekan atau menggaru jerawat, hal ini boleh menyebabkan terjadinya parut akibat jerawat
- Selalu makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum enam hingga lapan gelas air putih sehari dan terapkan pola makan sihat.
- Rajin mengambil vitamin B6 yang ada dalam kuning telur, ikan, daging, bijirin, susu, daging ayam, dan pisang.
- Gunakan span atau kapas ketika menggunakan toner atau make up
3 CARA SAYA HILANGKAN JERAWAT MASA MENGANDUNG DENGAN SELAMAT
Mak yong guna 3 tips ni je taknak ada jerawat masa mengandung hehe
Ok sekarang saya nak kongsikan macam mana hilangkan jerawat dengan selamat masa mengandung. Ini antara tips yang saya amalkan sejak sebelum mengandung lagi. Sebab tu bila mengandung, jerawat pun macam segan segan je nak timbul. Macam yang saya sebut tadi, sebenarnya masalah jerawat masa mengandung ni adalah berpunca dari hormon kita. Bila hormon tak stabil, memang jerawat akan mudah naik lagi lagi kalau kita tak jaga muka. Tapi apa pun semua tu bermula dari dalam. Saya percaya masalah jerawat ketika hamil bukan berpunca dari faktor luaran macam malas nak jaga muka etc, sebab tu semua hanya faktor yang membuat masalah jerawat lagi teruk. Tapi punca sebenar adalah dari dalaman kita sendiri. Jadi saya ambil insiatif untuk pulihkan dari dalaman juga la.
1. PEMAKANAN
Pemakanan sangat penting masa mengandung. Kalau anda ada masalah jerawat ketika mengandung, elakkan makanan yang bergoreng dan berminyak. Contoh kalau saya di rumah, antara ikan goreng dengan ikan bakar, saya akan pilih ikan bakar. Roti telur dengan roti bakar, saya akan pilih roti bakar. Kurangkan pengambilan makanan berminyak ye.
2. AMBIL SUMBER PROTEIN YANG CUKUP - MINUM ESP
Sebut pasal protein, ramai yang kata makan ayam goreng pun protein sebab ayam tu protein. Tapi jangan salah sangka, kadang kadang kita rasa kita dah ambil cukup protein tapi sebenarnya apa yang kita makan tu adalah hampas! Maksudnya zat protein dah hilang. Lagi lagi macam ayam goreng, ikan goreng dan sebagainya.
Sebab makanan yang kaya proteinn sekalipun akan hilang
kandungan protein apabila dimasak. Sebabnya, protein akan musnah dalam suhu
yang tinggi, lebih-lebih lagi pada suhu makanan dimasak. Ni memang semua orang
pun tahu kot. Dan kalau masih ada pun sisa baki protein dalam masakan,
strukturnya dah berubah kepada gumpalan-gumpalan yang susah dihadam &
diserap oleh badan. Sebab tu dah banyak makan ikan, ayam, daging pun kesan
gelap pada perut masih tak hilang hilang.
Secara mudah, bagaimana ESP boleh membantu untuk
hilangkan dan elak jerawat masa mengandung? Fungsi utama protien adalah untuk membina sel-sel
baru dan membaiki sel-sel lama. Sel adalah unit terkecil dalam badan
kita. Sel - Tisu - Organ - Sistem. Makanya, kalau kita nak elokkan sistem, kita
perlu baiki sel dulu iaitu unit yang paling asas.
Protein adalah makronutrient yang paling penting untuk
badan kita. Tubuh badan kita perlukan protein seperti tulang, kulit, rambut,
otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan
sel-sel. Keseluruhan sel-sel yang membentuk tubuh badan, semua bergantung
kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru,
menggantikan tisu-tisu badan yang lama dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan
tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
3. AMBIL VITAMIN C YANG TERBAIK
Masa saya mengandung, saya tak pilih Vitamin C yang dibekalkan oleh klinik kesihatan. Saya pilih Vitamin C semulajadi macam Vitamin C shaklee. Ada beza ye vitamin sintetik dengan vitamin semulajadi. Boleh google.
Seperti yang ditulis oleh Dr Norman Mohd Norawi, Pengamal perubatan Am Pengkhususan Perubatan Anti Penuaan dan Nutrisi di SINI Vitamin C kunci kesihatan dan kecantikan. Berdasarkan kajian terkini, vitamin C mempunyai pelbagai kepentingan kepada kesihatan kita secara umumnya. Ia menjadi popular kerana dikatakan mampu mencerahkan, menegangkan dan awet muda kepada kulit seseorang.
Seorang
saintis terkenal, Dr Lester Packer menyatakan bahawa Apabila seseorang
sentiasa terdedah kepada serangan radikal bebas setiap hari selama
bertahun-tahun lamanya, ia akan menyebabkan terjadinya pelbagai jenis penyakit
kronik. Radikal bebas juga menyebabkan kulit menjadi kendur, berkedut, kusam,
masalah pigmentasi dan kasar.
Di antara fungsi utama
vitamin C ialah penghasilan kolagen dalam tubuh manusia.
Kolagen ialah protein utama
dalam struktur organ manusia seperti saluran darah, tendon, ligamen, tulang,
gigi, rambut dan kulit. Kekurangan kolagen akan menyebabkan kulit menjadi
kendur dan berkedut, tulang rapuh, gigi mudah tercabut, rambut gugur dan mudah
putus serta mudah berlaku pendarahan di bawah kulit.
Dengan mengekalkan integriti
tisu badan seperti kulit dan lapisan mukosa, vitamin C membantu menjadikan
kulit menjadi lebih licin, tegang, cerah, berseri, mengurangkan kesan-kesan
jeragat dan bintik-bintik hitam pada kulit akibat terdedah pada cahaya
matahari. Vitamin C juga amat penting dalam pemulihan luka, melecur dan kudis
(ulser) yang kronik.
Jom kita dengar review ESP dan Vitamin C Shaklee dari Syifa Melvin
Ok jadi 3 perkara yang saya amalkan untuk hilangkan jerawat masa mengandung dengan selamat adalah melalui jaga pemakanan, ambil protein ESP dan Vitamin C. Kebetulan ESP dan Vitamin C memang antara vitamin yang paling disarankan oleh ibu mengandung untuk consume sejak awal kehamilan lagi. Jadi mudah la, nak baby sihat, ibu pun dapat manfaat sekali. Sebab tu ianya mudah dan selamat!
Kalau dari segi penjagaan muka, saya mengaku memng malas nak jaga. Saya tak pernah keluar pakai sunblock, atau krim yang ada SPF, kadang kadang malam sebelum tidur pun saya malas basuh muka. Pencuci muka pun main taram je. Tapi jerawat seketul pun tak ada. Sebab saya percaya jerawat ni memang segan nak keluar kalau saya apply 3 cara kat atas tu. Selamat mencuba semua!
CARA PEMBELIAN SET VITAMIN UNTUK HILANGKAN JERAWAT MASA MENGANDUNG
CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET JERAWAT ini
dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink
dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan
CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan
konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara
pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda
berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan
pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.
Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik
PENAFIAN :
Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja.
Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan
perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual 'tidak semestinya mewakili pandangan
pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai
pengalaman yang sama.
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon