Gara Gara Wanita Tak Jaga Pemakanan, Kantung CYST Penuh Dengan Cecair Chocolate

Dr Hamid Arshat ada share tentang Endometriosis boleh rosakkan peranakan wanita. Gambar ni menunjukkan kantung cyst penuh dengan cecair chocolate yang disedut keluar dari kantung cyst. Sama la macam kisah INI , isteri ni berjuang selama sembilan tahun melawan penyakit endometriosis sampai susah nak hamil. 


kandungan cyst penuh dengan cecair chocolate yang disedut keluar dari kantung cyst.



Ada beberapa sebab wanita sekarang dapat penyakit bahaya yang pelik pelik ni. Ni antara sebab sebab yang doktor highlight. Lebih kepada tak jaga pemakanan lah senang cerita. 


1. Suka makan fast dan junk foods, makan diperoses dan diawet.
2. Terlalu minat makanan2 goreng, manis bergula dan penuh karbohydrat.
3. Tidak suka makanan2 tradisional - ubi keladi keledek; sayur2 pucuk2 paku ,ubi cekor manis, daun turi 
4. Air kelapa, nenas dan papaya tidak diminum dan dimakan
5. Terlalu minat burger, hot dog, nuggets kentang goreng. Minuman2 bergas cola dll.
6. Terlalu stress hidupnya.


So kawan kawan, jaga pemakanan, peringatan untuk diri sendiri jugak. Jangan asyik nak bedal je semua makanan yang sedap sedap yang dok viral sana sini tu. Sebut pasal makanan tradisional, berapa kerat je perempuan moden sekarang yang makan ubi keledek rebus? heh heh

APA ITU ENDOMETRIOSIS?



Endometriosis adalah lapisan dalaman rahim yang dikenali sebagai endometrium tumbuh di luar rahim seperti di kawasan ovari, pundi kencing, usus dan pelvis. Selaput endometrium yang tumbuh di luar rahim juga dipanggil implan dan dalam kes tertentu ia boleh tumbuh pada kulit, paru-paru dan otak.


Memandangkan implan ini terbentuk di luar rahim, ia mengalami kesukaran keluar daripada badan sewaktu haid dan menyebabkan kesakitan. Lama-kelamaan, darah akan berkumpul dan membentuk sista serta menyebabkan perekatan yang menyukarkan kehamilan.


Bagi wanita yang berjaya hamil walaupun mengalami endometriosis, mereka juga mengalami banyak kepayahan apabila kandungan gugur atau hamil di luar rahim. Mereka juga berisiko mengalami komplikasi di penghujung kehamilan seperti saluran rahim tersumbat dengan plasenta yang boleh menjejaskan kelahiran, pendarahan dan kandungan pramatang.


SENGGUGUT TERUK ANTARA SIMPTOM ENDOMETRIOSIS


Statistik global menunjukkan kira-kira 176 juta wanita seluruh dunia menderita endometriosis dan penyakit ini menyebabkan kehidupan harian penghidapnya terjejas akibat menanggung kesakitan. Simptom ditunjukkan seperti senggugut teruk, pendarahan teruk, letih, kesakitan ketika atau selepas hubungan seks.


Endometriosis kadangkala sukar untuk didiagnosis berikutan simptomnya juga menyerupai sakit puan yang lain, malah sering juga disalah anggap sebagai sindrom prahaid (PMS) atau senggugut teruk. Oleh itu, penghidapnya mengambil masa bertahun-tahun untuk didiagnosis dengan tepat penyakit terbabit dengan tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun setengah bermula simptom dikesan.



Pengedar Top Shaklee Malaysia,

Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...