10 Cara Kreatif Bersedekah Paling Mudah Untuk Jemput Rezeki

Assalamualaikum. Ramai dah tahu sebenarnya salah satu rahsia menjemput rezeki adalah dengan cara bersedekah. Bersedekah ni bukan tunggu kita kaya baru nak bersedekah. Dalam keadaan kita susah tak ada duit banyak pun, kita boleh teruskan amalan sedekah. Sebab sedekah bukan dari segi wang ringgit semata mata. Ramai yang faham sedekah ni kena bagi duit je. Tak. Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk kita bersedekah. Jadi saya nak kongsikan dengan anda semua 10 cara kreatif bersedekah yang saya ambil dari Facebook Adlin Nadia 







1. LETAK SABUN BASUH TANGAN 


Ada kebanyakkan masjid yang kita pi, macam kekurangan sabun. Toilet pula kadang agak berbau sebab tak ada pewangi. Jadi ada baiknya kalau kita dapat belikan sabun dan juga pewangi, lepastu letakkan di masjid yang berhampiran. Insyallah ramai yang dapat guna.




2. SELIPAR UNTUK MASJID

Kebanyakkan masjid juga kekurangan selipar yang kita selalu guna untuk ambil wudhu ataupun masuk ke tandas. Apa kata kita beli beberapa selipar jepun dan letak di Masjid.


3. SIMPAN SYILING

Kita kumpul duit syiling simpan dalam tabung. Tiap kali weekend kita keluarkan duit syiling tadi dan sedekah.



4. BERIKAN BAKI BAYARAN

Yang ini paling mudah, contoh kita beli nasi lemak harga RM2, Tapi kita bagi saja duit besar RM5, dan mintak pakcik makcik yang berniaga tu simpan saja baki bayaran. Buat lah sekali, lama lama akan jadi habit.


5. KAIN PELIKAT DAN TELEKUNG 

Sedekahkan kain pelikat dan telekung di surau shopping mall, surau petrol station dan masjid. Semoga bermanfaat dapat digunakan bersama. Katakan kat masjid dekat rumah kita, dah ada banyak telekung tapi kotor. Kita boleh bawak balik basuh kat rumah atau hantar dobi.



6. MAKANAN KUCING

Walaupun kita tak bela kucing, kita boleh beli makanan kucing dalam small pack. Standby letak dalam kereta.

Bila kita turun ke RnR atau mana mana perhentian untuk makan, ternampak kucing terbiar di tepi jalan boleh bagi makan kucing. Berbuat baik lah pada kucing makhluk kesayangan Rasulullah.



7. KONSEP SEDEKAH CARPOOL


Allah s.w.t kurniakan kita kenderaan agar kita boleh berikan manafaat kepada ramai orang. Kalau kita ada kawan atau jiran yang nak pergi ke destinasi yang sama dengan kita, tumpangkanlah mereka tanpa sebarang bayaran. Konsep ‘carpool‘ pergi kerja juga salah satu konsep sedekah yang sangat bagus.


8. KERTAS DAN PEN 

Kat mana mana majlis ilmu sama ada ceramah, tazkirah dan kuliah di masjid, biasanya mereka yang mendengar tidak membawa sebarang pen dan juga buku catatan. Kita boleh beli satu kotak pen dan kertas A4 lepastu diagihkan di dalam majlis ilmu tersebut. Kos bagi pen dan kertas bukanlah mahal, tetapi manafaatnya sangat besar insha Allah


10. AL-FATIHAH

Sedekahkan Al-fatihah kepada suami, kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal. Dan doa kan yang baik-baik untuk setiap orang yang kita jumpa.

Contoh, masa di airport kita ternampak ada suami isteri ni bertengkar berbalah. Kita terus submit doa semoga Allah lembutkan hati diorang dan datangkan kasih sayang supaya mereka dapat cari jalan untuk selesaikan.


Bersedekah yang paling baik ialah kita dapat berikan sesuatu yang orang perlukan. Kadang-kadang kita sedekah sabun di tandas masjid itu lebih baik dari sedekahkan naskah surah Yasin di masjid yang sememangnya sudah banyak naskah al-Quran dan Yasin yang tidak dibaca.


“Setiap kebaikan adalah sedekah”
Hadis Riwayat Muslim


Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...