"soya merupakan agen
pembiak kanser yang aktif dan individu seharusnya mengelak makanan tersebut
dalam diet harian." Mitos yang paling kita kerap dengar tentang apakah diet sebenar yang betul
untuk pesakit kanser.
Pakar diet merangkap Eksekutif Pembangunan Pendidikan Persatuan Kanser Malaysia (NCSM), Lim Chooing berkata, sehingga kini tidak ada bukti untuk membuktikan bahawa minum soya boleh meningkatkan risiko kanser. Beliau menasihatikan bahawa seseorang itu perlu mengambil diet yang seimbang dengan sumber protein yang baik seperti ayam, ikan, produk tenusu rendah lemak, dan makanan bersoya.
SELAMATKAH SOYA UNTUK PESAKIT KANSER?
Menurut Lim Chooing lagi, soya semula jadi sebagai minuman, katanya, adalah amat baik untuk kesihatan, malah memberi faedah kepada bekas pesakit kanser. Bagaimanapun, katanya,individu dinasihat mengehadkan pengambilan daging merah seperti daging lembu, kambing dan mengelak daging diproses seperti ham, bakon dan sosej. Chooing berkata, pesakit kanser atau orang awam juga digalakkan untuk makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni seperti lobak merah, beri biru dan kubis merah kerana ia memberi semua nutrien yang diperlukan.
PROTEIN MAKANAN YANG BAIK UNTUK PESAKIT KANSER
Pernah dengar tak pesakit kanser tak boleh makan atau kena kurangkan protein sebab protein tu makanan kanser, jadi kanser akan cepat membiak dengan pengambilan protein.
Protein ialah asas yang sangat2 diperlukan untuk pembentukan sel-sel baru yang sihat. Protein yang perlu dielak tu mungkin protein haiwan yang dicucuk hormon, cucuk antibiotik supaya binatang cepat gemuk dan elakkan penyakit. Protein haiwan juga turut mengandungi lemak dan kolesterol.
Protein juga diperlukan untuk membentuk antibodi bagi menguatkan sistem imun badan. Pesakit kanser ni sistem imun dia rendah. Sebab penyakit tu sendiri dan sebab rawatan kemoterapi. Average protein yang diperlukan adalah 45-60g sehari. Bagi pesakit yang sedang menjalani kemoterapi, disarankan mengambil diet protein yang tinggi iaitu 1.2g/kg/hari - average 70g sehari.
Jadi, mengikut saranan American Cancer Society - 2/3 protein yang diperlukan badan diambil dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti soya kekacang, sementara 1/3 lagi dari sumber haiwan. Protein tumbuhan pun, sebaiknya cari yang organik ya..
TAPI SOYA BUKAN MAKANAN SUNNAH
Saya pernah ditegur jangan minum ESP kerana Rasulullah tak minum soya..Hmmm rasanya Rasulullah pun tak makan nasi lemak, ulam tempoyak budu, kek kukus, roti sandwich, pulut ikan kering, avokado, telur bungkus, nasi goreng kampung
"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak akan menerima sesuatu melainkan yang baik pula. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang Mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya: 'Wahai para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.' Dan Allah juga berfirman: 'Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu.' Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seroang laki-laki yang telah lama berjalan krn jauhnya jarak yang ditempuhnya. Sehingga rambutnya kusut, masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangannya ke langit lalu berdoa: "Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku." Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dengan makanan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?." [HR. Muslim]
Setiap makanan mempunyai khasiatnya yang tersendiri terhadap tubuh kita. Namun begitu hanya Allah SWT saja yang layak memberi kebaikan dan kesihatan utk kita. Usah kita memandang makanan ini atau itu yang memberi kita kesihatan... Ia hanyalah sekadar usaha kita...
Percaya & bergantung pada Allah, Insya-Allah akan dapat keberkatan dan kebaikan
MITOS SOYA PENYEBAB KANSER PAYUDARA
Saya rasa budaya membaca dah makin meningkat dalam masyarakat kita. Sebabnya bila saya suggest ESP Shakleee kepada sesiapa untuk apa2 masalah yang dihadapi, biasanya gastrik sebab saya dulu pun alami gastrik yang agak teruk & keadaan berubah lebih baik selepas amalkan ESP Shakleee. Bukan nak kata sekarang ni totally bagus, tapi lebih baik.
Mereka2 ni akan balas balik,
"Eiii tak naklah.. soya kan boleh menyebabkan kanser. Takkan doktor tak tau?"
Sebab tu saya kata masyarakat dah makin rajin membaca. Tapi, pastikan sumber yang kita baca tu sahih, janganlah dok asik baca gosip2 je.
Soya dikaitkan dengan kanser terutamanya kanser payudara, fibroid dan kanser wanita yang lain kerana soya mengandungi kepekatan isoflavones yang lebih tinggi berbanding makanan lain. Isoflavone ialah sejenis bahan semulajadi dalam tumbuhan yang menyerupai hormon estrogen. Dan juga dikenali sebagai phytoestrogen.
Semua tau kan, pendedahan kepada hormon estrogen dalam jangkamasa yang lama boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Sebab tu salah 1 faktor risiko kanser payudara ialah awal datang haid pertama & lambat menopos. Tapi estrogen bersifat melindungi tulang & itulah yang jaga wanita2 muda daripada osteoporosis.
Tetapi, tindakan isoflavone terhadap tubuh manusia adalah sangat2 rendah. Dikatakan hormon estrogen dalam badan manusia adalah 1000 kali lebih kuat daripada isoflavone dalam soya. Chicken dos la orang cakap, mungkin tak beri kesan apa2 pun.
Dr Zubaidi Hj Ahmad juga mengatakan bahawa Phytoestrogen tidak menyebabkan kanser. Ia bersifat natural. Setengah makanan atau produk saperti makanan dari kacang soya adalah sumber phytoestrogen. Ia tidak berbahaya, kecuali kacang soya dari US yang menjalani teknologi GMO.
Banyak kajian dibuat keatas soya, tapi kajian dibuat untuk buktikan soya bukan penyebab kanser & bukan sebaliknya. Salah 1 kajian secara pemerhatian dijalankan kepada beribu2 wanita. Kajian ni dibuat kepada wanita Asia & US. Sebabnya wanita Asia yang suka sangat makan berasaskan soya. Mereka buat kajian ni dengan kumpul data pemakanan wanita2 ini dan follow up untuk beberapa tahun.
Mereka dapati wanita yang makan soya dengan konsisten, risiko untuk dapat kanser payudara adalah rendah. Tapi mereka tak boleh mengaitkan soya merendahkan kanser payudara, tapi wanita yang dietnya mengandungi soya lebih cenderung untuk makan lebih sayur dan makanan kurang lemak. Mereka juga lebih banyak bersenam.
Ada kaitan tau kekurangan protein dengan tabiat pemakanan kita. Walaupun tak dapat buktikan soya dapat kurangkan kanser payudara, tapi soya juga tak dapat dibuktikan penyebab kanser payudara. Jadi, beranikanlah diri anda untuk minum soya terutamanya ESP Shaaklee yang berkualiti dan bebas GMO
SOYA MENCEGAH KANSER PAYUDARA
===============================
"Pengambilan soya dalam menu seharian boleh mengurangkan risiko kanser payudara.
Ini terbukti apabila satu kajian secara klinikal yang telah dilakukan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payu Dara yang dilakukan oleh profesor di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr Masakazu Toi bersama seorang profesor dari Jabatan Biostatistik di Universiti Tokyo, Dr Yasuo Ohashi.
Para saintis mendapati pengambilan soya dan susu kultur minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota, Yakult secara berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payu dara.
Bakteria dalam minuman itu dapat dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak di dalam usus,dan telah membantu penghadaman isoflavon yang ada dalam soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan kanser payu dara.
Walau bagaimana pun amalan ini hanyalah mencegah bagi wanita yang berisiko terutama jika ibu atau ibu saudara mereka pernah mengalami kanser payudara. Ia bukanlah kaedah rawatan untuk kanser payudara."
Satu laporan dalam The Journal of the American Medical Association pada tahun 2009, para saintis mengkaji semula data yang dieprolehi dari seramai 5,042 wanita Cina yang dikaji dalam kajian Shanghai Breast Cancer Survival Study mendapati bahawa soya merendahkan risiko untuk mendapat semula kanser payudara yang telah dirawat. Oleh kerana kajian ini dilakukan di China, dan belum di negara-negara lain, maka penemuan ini masih tidak disahkan lagi.
Sebagai kesimpulannya, ramai saintis yang beranggapan bahawa pengamalan produk berasaskan soya tidak memberikan kesan yang positif atau negatif kepada kanser payudara. Banyak kajian perlu dijalankan bagi membuktikan dakwaam sama ada soya menyebabkan kanser payudara atau soya boleh mengelakkan payudara.
Saya selalu berpendapat bahawa kanser payudara ini lebih kepada penyakit genetic yang tidak dapat dikawal oleh mana-mana wanita. Ia bukan "penyakit yang diminta atau dicari"
ORANG KANSER, FIBROID, CYST TAK BOLEH MINUM ESP SHAKLEE KE?
"Orang kanser, fibroid, cyst boleh tak minum ESP? Soya kan boleh buat kanser..."
Ada ramai pengguna Shaklee yang ketegaq juga. Degil dorang ni. Minum juga ESP walaupun memang dah disahkan ada fibroid. Alhamdulillah.. ramai yang bagi feedback positif. Fibroid & cyst makin kecik. Dan ada yang hilang terus.
ESP Shaklee dah berada di pasaran lebih 50 tahun. 50 tahun ok... nak dekat umur pencen dah. Kalau ya ESP Shaklee boleh menyebabkan kanser, dah tentu ada pihak berminat nak buat kajian supaya ESP Shaklee boleh disahkan sebagai penyebab kanser secara rasmi.
Betul tak? Betul tak?
Masa ROADSHOW PASAL LANDMARK STUDY hari tu, Dr Bruce Daggy ada cakap, (Dr Daggy ialah timbalan presiden senior bahagian penyelidikan di Shaklee. Dalam erti kata lain saintis la) Sebab ramai studies kaitkan phytoestrogen dalam soya dengan kanser.
Kata Dr Braggy, phytoestogen ialah bahan semulajadi dalam tumbuhan. Kajian yang kata phytoestrogen penyebab kanser adalah tak terbukti pun. Tak conclusive. Lagipun phytoestrogen tu aktiviti dia lemah saja, tak sekuat estrogen dalam badan manusia. Takda lah sampai menyebabkan kesan macam estrogen. Ni memang terbukti secara klinikal.
Lagipun, soya yang digunakan untuk hasilkan ESP adalah SOYA NON-GMO yang tak diubah genetik (baka). Start daripada biji benih, sampailah produk tu dikeluarkan.
Kalau betul bahaya, dah tentu berapa ramai orang yang mati kanser sebab ESP. Tapi sebaliknya yang dok amalkan ESP makin sihat la pulak. Sebab apa tau? Sebab selain dari NON-GMO, cara pemprosesan pun membezakan kualiti soya. Soya ESP dicuci dengan air, bukan alkohol. Diproses pada suhu rendah untuk mengekalkan bahan kimia baik dalam soya iaitu : ISOFLAVONES, GENISTEIN & DAIDZEIN.
Isoflavones ni sangat dalam membantu dalam menurunkan paras kolesterol, mencegah osteoporosis & menjaga kesihatan jantung.
Genistein ni pulak, dia yang cegah pertumbuhan kanser & elak dia merebak. Ia meneutralkan radikal bebas dalam badan sebelum ia menukarkan sel kepada sel kanser. Genistein ni sangat bermanfaat untuk uterus & ovari.
Jadi, takda bukti soya ESP tu berbahaya. Bagaimana pun, ESP bukanlah ubat fibroid / cyst ya. Sebaiknya untuk rawatan, ikut saranan doktor.
KENAPA ESP SHAKLEE ANTARA SOYA TERBAIK DI PASARAN?
Boleh tak pesakit kanser minum soya? Jawapannya adalah boleh tetapi pastikan pilih soya yang betul betul berkualiti dan dari sumber yang semulajadi serta NON GMO.
CARA PEMBELIAN PROTEIN SOYA ESP SHAKLEE
CARA 1
Anda boleh terus klik ke ESP ini
dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink
dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan
CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan
konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara
pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda
berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan
pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.
CARA UNTUK DAFTAR AHLI SHAKLEE SECARA ONLINE DAN PERCUMA BOLEH KLIK SINI atau terus klik SHAKLEE ONLINE REGISTRATION FORM
Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik
PENAFIAN :
Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja.
Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan
perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual 'tidak semestinya mewakili pandangan
pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai
pengalaman yang sama.
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon