Kenali Gout Dan Jenis Makanan Yang Perlu Elak

Serangan gout adalah antara sakit yang paling sakit kerana serangannya sering berlaku pada waktu malam sehingga boleh membangunkan seseorang dari tidur dan nak segera dapatkan ubat tahan sakit. Gout boleh jadi kat mana mana sendi tapi paling kerap jadi di sendi ibu jari kaki. Kalau dah bengkak gout tu, bengkak betul. Sampai angkat kaki pun tak boleh




APA ITU GOUT?

Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh pembentukan asid urik  yang berlebihan di dalam sistem badan manusia. Faktor penyebab utama gout ialah faktor keturunan. Faktor lain termasuk  masalah buah pinggang, alkohol, ubat-ubatan dan aspirin.

Asid urik yang berlebihan ini akan menyebabkan pembentukan kristal yang berkumpul di dalam tisu dan juga sendi-sendi. Sendi pesakit yang terlibat akan menjadi bengkak, merah dan panas. Pesakit juga menderita kesakitan yang amat sangat. 

Sendi-sendi yang biasa terlibat ialah sendi pada ibu jari kaki, sendi lutut, siku dan sendi jari-jari tangan. Selain daripada itu, pesakit juga biasanya mengalami kekangan  sendi pada waktu pagi. Dalam jangkamasa panjang, gout boleh menyebabkan kerosakan sendi serta kecacatan rupa atau kebengkokan  pada sendi-sendi ini.

Orang yang menghidap gout biasanya hanya diberi ubat tahan sakit serangan gout. Ubat untuk menurunkan paras asid urik iaitu allopurinol adalah ubat yang terkawal kerana kesan sampingannya terhadap kulit sehingga boleh membawa maut. Jadi ubat ini tidak diberi sesuka hati sahaja walaupun asid urik tinggi kecuali:
  • Serangan gout 3 kali atau lebih dalam setahun.
  • Tanda perkumpulan asid urik - tophi
  • Terdapat kerosakan tulang kerana aktiviti asid urik melalui X-ray
  • Masalah buah pinggang kerana asid urik
  • Tanda2 keracunan kerana kemoterapi atau radioterapi untuk leukemia/ limfoma.


Di samping itu, pesakit perlu berehat dan kaki yang diserang perlu diangkat tinggi bagi mengurangkan kebengkakkan. Pesakit perlu minum lebih air masak bagi mempercepatkan proses penyembuhan kerana lebihan asid urik akan dikumuhkan melalui air kencing.


BAGAIMANA NAK KAWAL PENYAKIT GOUT?

  • Turunkan berat badan dengan selamat. Yang penting target berapa BMI & ukur lilit pinggang yang diingini & usaha turunkan berat badan secara perlahan lahan
  • Bersenam secara berkala. Cukuplah senaman yang sederhana. Tak perlu terlalu agresif.
  • Jauhi alkolhol yang berkadar terus dengan gout. Maknannya semakin tinggi alkohol yang diambil, semakin tinggi risiko dapat gout.
  • Kurangkan makanan yang tinggi gula.
  • Amalkan produk tenusu. Menurut kajian, produk tenusu mengurangkan risiko gout.
  • Elakkan makanan yang tinggi kandungan purin yang boleh menyebabkan serangan gout.


MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN OLEH PESAKIT GOUT

Terdapat beberapa jenis makanan yang tinggi  kandungan Purine (sejenis asid amino) di mana boleh menyebabkan penghasilan asid urik yang tinggi dan memudahkan pesakit mendapat serangan Gout. Makanan tinggi kandungan Purine adalah seperti :-
  • Ikan – bilis, sardin, salmon
  • Daging (Otot) – Ayam, lembu, kambing, angsa, itik, ayam belanda, arnab,  khinzir
  • Ibu roti (yeast)
  • Daging (Organ) – hati, buah pinggang jantung, otak
  • Kerang, kepah, ketam, udang galah
  • Kekacang – kacang panjang, kacang pea
  • Sayuran – bayam, kembang kol, asparagus
  • Cendawan
  • Minuman beralkohol


RESVERATROL BANTU RENDAHKAN ASID URIK PESAKIT GOUT

Kajian di Havard Universiti mendapati kandungan Resveratrol yang dijumpai dalam grapes dan Japanese Knotweed (Polygonum Cuspidatum) sebagai antioksidan terbaik untuk merendahkan paras asid urik dalam badan. Vivix mengandungi kandungan reveratrol yang tinggi dan dapat membantu pesakit gout 



PENGALAMAN MINUM VIVIX OLEH BEKAS PESAKIT GOUT

Suami saya selalu mengadu sakit di bahagian ibu jari kaki dan buku lali sehingga terpaksa mengambil ubat tahan sakit setiap kali sakit. Itulah ubat yang mudah didapati. Paling menyedihkan sakitnya semakin teruk semakin bengkak seolah-olah dicucuk seluruh bahagian kaki. Bayangkan kalau kita yang terpelecok kaki atau sakit tumit setiap kali jalan.  



Hari berganti hari sakit suami saya semakin kerap menyerang kembali dan suntikan tahan sakit itulah pilihan terbaik dan menjadi rutin apabila suami saya sakit. Kesian memgenangkan suami selalu menahan sakit ketika bekerja. Pekerjaan suami saya memerlukan untuk memakai safety boot dan sentiasa berjalan. Pada mulanya kami menyangka suami mengalami masalah tulang retak. Suami pun membuat xray kaki di hospital. Doktor memberitahu tiada tanda keretakan dikedua kaki suami. Lega rasanya.


Boleh dikatakan hampir setiap bulan sakit itu berulang semula acapkali suami saya tersilap makan dan minum. Suami sering mengadu kaki terasa sangat berbisa sekali apabila cuba berjalan. Sebak saya melihat suami berjalan terhencut-hencut. Ada ketika sehingga terpaksa papah dinding. Ada masanya suami saya tidak tahan menahan sakit apabila menyerang secara tiba-tiba tanpa mengira masa. Suami cakap makan ubat apa pun dah tak ada kesan


Suami saya sering menyangkal apabila saya mengatakan mungkinkah penyakit gaut. Takkan di usia 30 an sudah mempunyai masalah gaut. Akhirnya kami sepakat untuk membuat pemeriksaan darah. Saat menanti keputusan ujian darah suami rasa berdebar. Doktor menjelaskan keputusan darah suami saya dan ia jelas menunjukkan paras asid urik yang agak tinggi di dalam darah lantas mengesahkan penyakit gaut. 


Selepas mengetahui penyakit yang menghantui suami saya selama beberapa tahun ini kami cuba berikhtiar dengan pelbagai jenis ubat dan jus yang boleh membantu mengurangkan sakit. Namun tiada hasil. Malah suami juga mengamalkan pelbagai petua bagi mengurangkan sakit. Tetap tidak berkesan. Sedih sakit itu tidak pernah berkurangan


Alhamdulillah..akhirnya dengan izin dari Allah yang Maha Penyembuh kesihatan suami saya semakin berkurangan dari hari ke hari setelah konsisten mengambil supplement shaklee. Suami saya mengambil Vivix Alfalfa Omega Herbalax dan Lecithin secara konsisten setiap hari. Saya sering mengingatkan suami untuk kurangkan pengambilan minuman bergula dan banyakkan pengambilan air kosong.

  • Pengambilan vitamin ini membantu mengurangkan masalah keradangan bisa bengkak gaut yang dialami suami saya.
  • Membantu menyingkirkan toksin dalam badan
  • Membantu mengurangkan masalah keradangan bengkak disebabkan masalah gaut
  • Membantu melawaskan pembuangan usus dan kencing
  • Membantu mengurangkan risiko batu karang dan memperbaiki kesihatan buah pinggang


Sekarang suami saya tiada lagi sakit setiap bulan seperti dahulu. Kini tiada lagi suntikan. Saya rasa bersyukur sangat. Paling penting pengambilan makanan yang tinggi purin harus dikurangkan bagi menjaga kesihatan. 









CARA PEMBELIAN SET VITAMIN UNTUK GOUT


CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET GOUT ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan


CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar  Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.



Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik


PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual 'tidak semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.


Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...