Terdapat banyak faktor boleh dikaitkan dengan punca ANEMIA antaranya masalah kurang zat besi, vitamin B, asid folik dan kurang nutrisi. Namun, paling kerap kita abaikan ialah masalah kecacingan. Jelas Dr Bahariah masyarakat kita hanya mengambil berat soal pengambilan ubat cacing dalam kalangan kanak-kanak. Jika tidak percaya, cuba tanya diri sendiri, bilakah kali terakhir kita mengambil ubat cacing? Pasti ada yang ketawa apabila diajukan soalan sedemikian.
Walaupun banyak teori perubatan boleh dikaitkan dengan kiraan darah tidak normal seseorang, namun ada satu punca yang berkemungkinan tinggi menjadi penyebab utama kepada peningkatan anemia di negara ini.
SIMPTOM ANEMIA AKIBAT MASALAH CACING
Antara simptom anemia yang berpunca daripada kecacingan
- Cacing keluar dari lubang najis atau ada cacing pada najis.
- Punggung terasa gatal terutama pada waktu malam.
- Badan menjadi lemah dan hilang selera makan, serta sakit perut atau cirit birit dan kembung.
- Pucat dan berat badan menjadi kurang walaupun selera makan ada.
- Batuk-batuk yang berpanjangan.
- Demam, ruam di badan, alahan, kaki gatal dan bengkak
- Mengetap gigi ketika tidur malam.
- Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata.
- Hiperaktif.
- Sakit kepala.
- Sensitif terhadap cahaya.
- Gusi dan hidung berdarah.
Pengambilan ubat cacing seharusnya menjadi rutin individu bagi tempoh setiap enam bulan atau setahun. Ini kerana, orang dewasa tidak pernah terkecuali daripada ancaman sistem imun rendah. Jadi, tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa, ibu mengandung atau warga emas, semua perlu mengambil ubat cacing untuk kesejahteraan diri."
JENIS CACING
Cacing yang berada pada usus
Menurut Felow Penyelidik dan Pensyarah Kanan, Institut Farmakogenomiks Integratif (iPromise), Universiti Teknologi Mara, Dr. Tengku Shahrul Anuar Tengku Ahmad Basri, cacing ada di sekeliling kita, bukan sahaja di dalam tanah tetapi juga dalam makanan mentah yang tidak dicuci seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan permukaan yang kotor.
Berikut adalah beberapa jenis cacing yang amat popular berada di dalam tubuh manusia
CACING KERAWIT
Biasa dijumpai di kawasan pedalaman terutama jika berkaki ayam. Cacing kerawit memasuki badan melalui kulit. Larva (anak cacing yang baru ditetaskan) memasuki usus kecil dan tinggal selama beberapa tahun.
Jangkitan cacing kerawit boleh menyebabkan kehilangan darah yang kronik dan pesakit mengalami anemia serta kekurangan zat besi.
CACING PITA
Jangkitan berlaku apabila seseorang memakan daging yang dijangkiti larva cacing. Bagaimanapun, ia jarang berlaku dan biasanya hanya dialami individu yang kerap makan daging atau produk berasaskan daging.
Gejala jangkitan termasuk penurunan berat badan tanpa sebab, hilang selera makan, perut buncit dan sebahagian daripada cacing terkeluar apabila membuang air besar.
CACING CANGKUK
Lazimnya menjangkiti penduduk luar bandar dan kurang kemudahan kebersihan. Jika jangkitan tidak serius, ia tidak menunjukkan sebarang kesan tetapi boleh mengalami cirit-birit berdarah dan kadangkala dubur terkeluar jika jangkitan sampai ke peringkat serius. Malah, induvidu itu juga kelihatan pucat dan tidak sihat akibat kekurangan zat.
CACING BENANG
Paling biasa berlaku pada kanak-kanak berumur di antara lima hingga 14 tahun. Walaupun jangka hayat cacing ini pendek, pesakit biasanya mendapat jangkitan berulang.
Cacing benang sangat halus dan kecil, berukuran di antara dua hingga empat milimeter sahaja, berwarna putih dan biasanya ditemui dalam satu kumpulan. Ia tinggal di dalam usus besar dan gejala gatal pada dubur akibat pengeluaran telur.
Apabila kanak-kanak menggaru duburnya, telur tadi berpindah ke jari dan kuku. Selain gatal pada dubur, pesakit akan mengalami anemia, cirit-birit, muntah, letih dan hilang selera makan, batuk dan sukar bernafas.
BAGAIMANA ELAK CACING
Cuci sayur dengan cermat elak cacing
1. Parasit hidup gembira bila ada bekalan gula, jadi benda pertama kita kena buat ialah kurangkan pengambilan gula.
2. Makan makanan yang mengandungi 'anti-parasit' seperti nanas, betik, kranberi, buah tin dan biji labu.
3. Mengambil makanan yang tinggi kandungan Vitamin A, B Compleks, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin K, Kalsium, Protein dan Zat Besi.
4. Mengambil makanan yang tinggi serat.
5. Mengamalkan bawang putih kerana ia mengandungi sulfur semulajadi yang boleh menghalau parasit.
7. Minum air bertapis secukupnya.
8. Mengamalkan kismis terutama untuk anak-anak.
9. Elakkan memakan tumbuhan yang tumbuh di dalam parit.
10. Basuh dan masak makanan dengan sempurna sebelum memakannya.
11. Cuci pakaian dalam, cadar dan selimut secara kerap dengan air hangat.
12. Pastikan seisi rumah mencuci tangan dengan bersih terutama selepas menggunakan tandas dan sebelum mengendalikan makanan.
13. Cuci rumah dengan kerap, terutama bilik tidur. Jangan lupa gunakan Basic H!
DETOKS PARASIT UNTUK BUANG CACING
DETOKS PARASIT UNTUK BUANG CACING
Detoks parasit yang bertujuan untuk membuang parasit parasit yang ada dalam badan kita dengan erti kata mudah - CACING & seangkatan dengannya.
Bila cakap pasal cacing ni, ramai orang rasa kita dah dewasa takde masalah cacing dah... sekarang orang tak main tanah takde masalah cacing dahhhh.. tapi sebenarnya benda benda ni boleh masuk ke dalam badan kita melalui pelbagai cara walaupun kita dok jaga makan sangat sangat. Percaya tak cacing dan parasit boleh masuk ke badan kita melalui sayuran organik?
Ini adalah set asas untuk buang cacing dan parasit
- Herblax,
- Nutriferon &
- Garlic.
Paling asas utk singkirkan cacing dari organ dan keluarkannya dari badan melalui usus...dan kuatkan imuniti tubuh kita agar benda2 asing ni tak lagi berumahtangga dlm badan kita.
HERBLAX
Pemakanan seimbang yang kaya dengan serat, pengambilan air yang banyak dan senaman yang kerap menyumbang kepada pergerakan usus yang sihat. Untuk melegakan masalah sembelit yang kadang-kala berlaku, Herb-Lax™ melegakan masalah sembelit
NUTRIFERON
Ahli sains dan pakar perubatan telah mengenal pasti interferon sebagai
komponen utama yang memastikan fungsi sistem imun yang kuat.
GARLIC
Bawang Putih adalah tumbuhan dalam keluarga bawang, ditanam untuk kegunaan semasa memasak dan digunakan secara tradisional untuk kesihatan secara umum. Alisin, yang memberikan bau ketara bawang putih, adalah sebatian berharga dalam bawang putih yang mempunyai pelbagai manfaat seperti memelihara kesihatan tubuh.
TESTIMONI DETOKS PARASIT - ADA YANG SAMPAI KELUAR CACING!
CARA PEMBELIAN SET VITAMIN DETOKS PARASIT
CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET DETOKS PARASIT ini
dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink
dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan
CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan
konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara
pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda
berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan
pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.
CARA UNTUK DAFTAR AHLI SHAKLEE SECARA ONLINE DAN PERCUMA BOLEH KLIK SINI atau terus klik SHAKLEE ONLINE REGISTRATION FORM
Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik
PENAFIAN :
Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja.
Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan
perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual 'tidak semestinya mewakili pandangan
pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai
pengalaman yang sama.
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon