Tips Elak Sembelit Bagi Ibu Yang Sedang Menyusukan Anak Ketika Berpantang

Tips Elak Sembelit Bagi Ibu Yang Sedang Menyusukan Anak Ketika Berpantang. Suami-suami wajib ambik tau. Sembelit adalah perkara yang tak boleh dipandang ringan. Bukan saja lepas bersalin, malah cuba suami suami tanya isteri yang tengah sarat tu, sembelit tak? Kalau dah duduk lama sangat bertapa dalam bilik air tu, jawabnya faham faham sendiri lah. Kesian tau. Sakit! Silap gaya boleh kena buasir pulak.  



Sembelit ketika menyusukan anak memang sangat sangat digeruni oleh ibu ibu berpantang


Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, sembelit boleh mendatangkan kemudaratan jika ia dibiarkan lama kerana semua toksin dalam najis telah diserap semula. Orang yang lama mengalami sembelit akan menyebabkan tubuh mereka lemah, cepat letih, pucat dan tidak bermaya. Jika tidak dirawat segera ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar. 




Jadi bayangkan kalau wanita mengalami sembelit sejak hamil lagi, lepastu bersambung pulak masa tengah berpantang. Memang azab. Luka tempat bersalin pun belum sembuh sepenuhnya, dah merasa azab tambahan dari sembelit pula. Jadi sebab tu ramai yang mencari jalan penyelesaian atau pun ubat yang paling baik dan sesuai untuk diamalkan ketika berpantang. Ibu yang sedang menyusukan anak ketika berpantang dah semestinya berhati hati dalam setiap apa ubat yang ingin diambil supaya tidak menjejaskan penyusuan bayi mereka. 


TIPS KURANGKAN SEMBELIT IBU YANG SEDANG MENYUSUKAN ANAK KETIKA BERPANTANG

Tapi sebelum tu, apa kata kita sama sama cuba petua petua atau pun cara untuk mengurangkan sembelit oleh ibu yang sedang menyusukan anak ketika berpantang. 


MINUM AIR MASAK
Orang dulu dulu cukup marah kalau minum air masak masa berpantang. Katanya luka bersalin boleh jadi lambat sembuh. Tapi sekarang dah banyak kajian yang dibuat, sebenarnya minum air masak sangat digalakkan masa berpantang lagi lagi ibu yang menyusukan anak sebab air dalam badan akan kurang ketika menyusukan anak. Kalau tak nak susu kering, pastikan cukup minum air masak. Selain tu air masak penting untuk lembutkan najis supaya ibu tidak sembelit ketika berpantang.


SENAMAN RINGAN
Ketika berpantang, ibu juga boleh cuba buat senaman ringan. Sekadar berjalan perlahan dalam rumah pun baik juga. Sebab pergerakan ni akan bantu lancarkan bahan buangan dalam usus kita untuk turun ke dubur. Jadi jangan malas bergerak, jangan asyik baring je tau!


   
Ibu muda ni sangat seksa masa pantang anak pertama sampai tak sanggup nak beranak lagi. Tapi bila melahirkan anak kedua, ini pula yg terjadi...


MAKAN SAYUR SAYURAN
Masa berpantang, kita faham memang tak semua makanan yang kita boleh ambil. Banyak pantang larang. Sayur sayuran pun cuma segelintir saja yang boleh kita ambil sebab nak elak perut bayi kembung dan sebagainya. Apa pun tak bermakna anda boleh skip dari makan sayur masa berpantang. Cuba pastikan dalam menu makanan berpantang anda setiap hari tu ada sayur. Anda boleh google saja jenis jenis sayur yang sesuai diambil oleh ibu yang sedang menyusukan anak ketika berpantang. Sayur ni penting kerana dia mempunyai kandungan serat dan fiber yang tinggi untuk elak sembelit ketika berpantang. 


MAKAN BUAH BUAHAN
Selain sayur, buah buahan pun sama penting kalau nak elak sembelit ketika berpantang. Buah boleh mengembalikan cecair yang hilang dalam badan ibu, sembuhkan luka bersalin, elak sembelit dan hilangkan kesan gelap pada perut selepas bersalin. Tapi ketika menyusukan anak masa berpantang, tak semua jenis buah boleh ambil ye. Mungkin anda boleh cuba anggur, delima, oren, epal, dan sebagainya. 


GUNA TANDAS DUDUK, JANGAN MENCANGKUNG
Zaman sekarang rasanya dah ramai yang ada tandas duduk. Rumah kampung kampung mungkin masih menggunakan tandas cangkung. Penggunaan tandas duduk ni sangat membantu ibu yang sembelit ketika berpantang. 


AMBIL SUPPLEMEN
Masa berpantang, tak semua jenis makanan yang kita boleh makan. Kadang kadang bila dah pilihan terhad, makan je apa yang ada. Tapi kena ingat masa menyusukan anak ketika berpantang ni lah masa yang memerlukan ibu untuk dapatkan zat dan nutrisi yang lengkap dan cukup. Lagi lagi kalau derita sembelit. Jadi alternatif yang ada selain pemakanan seimbang, anda boleh juga mengambil supplemen semulajdi seperti Ostermatrix dan ESP Shaklee. 





BAGAIMANA ESP DAN OSTEMATRIX MEMBANTU SEMBELIT IBU YANG SEDANG MENYUSUKAN ANAK KETIKA BERPANTANG?

ESP dan Ostematrix antara dua supplemen yang terbaik untuk ibu ibu amalkan masa sembelit ketika berpantang. Kenapa keduanya bagus diambil walaupun ibu tu sedang menyusukan anak? 
  • ESP kaya dengan protein yang membantu dalam pemulihan sel sel yang rosak. Jadi ESP boleh bantu penyembuhan luka bersalin dengan lebih cepat
  • ESP membekalkan tenaga. Ibu yang sembelit ketika berpantang memerlukan tenaga tambahan lagi lagi sedang menyusukan anak
  • ESP bantu penghasilan susu yang baik untuk bayi
  • Kalsium yang terdapat dalam ESP dan Ostematrix membantu melegakan urat saraf dan memudahkan proses buang air besar
  • Ostematrix membantu melancarkan pembuangan air besar 
  • Ostematrix sama seperti susu, membuat ibu tidur lena dan nyenyak 







Jadi tunggu apa lagi. Cepat bertindak sebelum sembelit jadi lagi teruk! Kepada ibu yang sedang menyusukan anak ketika berpantang, kalau sembelit, pastikan anda amalkan tips tips di atas dan ambil supplemen yang selamat dan tidak mengganggu penyusuan susu ibu. 

Semoga bermanfaat!


CARA PEMBELIAN SET VITAMIN UNTUK SEMBELIT KETIKA BERPANTANG

CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET SEMBELIT ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan


CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar  Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.


Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik


PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual 'tidak semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.


Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
Idayu Irdina
AUTHOR
October 7, 2017 at 8:32 AM delete

seksanya sembelit....menangis woo...

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...