Tanda Awal Gastrik Dan 7 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Penghidap Gastrik

Tanda Awal Gastrik Dan 7 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Penghidap Gastrik. Gastrik memang satu lagi masalah orang zaman sekarang. Ada yang terkena gastrik sebab sengaja skip makan sebab nak kurus punya pasal, dan ada juga yang tak sempat nak sarapan dan lunch kerana terlalu sibuk dekat tempat kerja. Penyanyi Ezad dan Elfira Roy antara dua selebriti yang menghidap gastrik. Penghidap gastrik selalunya akan mengalami pedih bahagian hulu hati atau bahagian atas perut, kembung perut, loya dan juga kerap sendawa. Suami saya pun ada gastrik juga. Dah puas suruh dia jaga pemakanan tapi bila dah sampai satu tahap yang teruk baru suami akur untuk jaga kesihatan. 


Ezad terlantar di atas katil hospital di Singapura gara gara gastrik pada Julai yang lepas


Gastrik walaupun tidaklah seserius macam penyakit jantung, kanser dan sebagainya, tapi kalau radang semakin teruk, najis boleh jadi kehitaman dan ada kajian mengatakan orang yang menghidap gastrik berisiko mendapat ulser perut, muntah darah dan lebih teruk lagi berisiko mendapat kanser perut

Antara punca utama terjadinya gastrik atau pedih hulu hati ialah jangkitan bakteria dipanggil Helicobacter Pylori (H.pylori). Bakteria ini khususnya terdapat pada lapisan perut dan menyebabkan radang berlaku pada lapisan berkenaan yang akhirnya menyebabkan seseorang pesakit itu mengalami serangan gastrik.


TANDA TANDA AWAL GASTRIK

  • Sakit bahagian ulu hati
  • Loya dan muntah
  • Kembung perut
  • Muntah darah
  • Najis berwarna gelap
  • Sendawa yang kerap
  • Pening kepala/pitam
  • Perut rasa sebu


PUNCA PUNCA GASTRIK

  • Makan berlebihan dalam satu satu masa
  • Pengambilan makanan berlemak, pedas, berkafein dan bergas secara tidak terkawal
  • Waktu makan yang tidak teratur
  • Perokok atau perokok pasif
  • Tekanan
  • Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin
  • Pengambilan alkohol


TIPS ELAKKAN GASTRIK. INI YANG PERLU ANDA ELAKKAN
  • makanan bergoreng,pedas, masam, makanan didalam tin, makanan berasid tinggi seperti buah oren, minuman tinggi kafein seperti kopi dan teh, minuman bikarbonat
  • berbaring atau bersandar selepas makan
  • tidur selepas makan
  • aktiviti merokok



MAKAN MALAM PUNCA GASTRIK

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, makan malam juga boleh menjadi salah satu punca kepada masalah gastrik. Pada hujung minggu dan cuti umum, ramai di antara kita yang lewat mengambil makan malam. Jangan terus tidur selepas sampai ke rumah. Makanan yang belum hadam dan masih berada dalam perut, penuh dengan asid.

Jika kita tidur sebelum makanan dihadamkan, makanan yang berasid itu akan naik ke tekak (reflux) ketika kita berbaring. Ini akan menyebabkan rasa pedih di ulu hati dan ada kalanya menyebabkan pengumpulan kahak dan batuk. Batuk sebegini tidak akan sembuh dengan ubat batuk. Jika hadir di majlis makan malam yang agak lewat, kurangkan makanan yang berminyak dan pedas.


7 JENIS MAKANAN YANG BAIK UNTUK PENGHIDAP GASTRIK

OATMEAL
Oatmeal kaya dengan serat dan akan mengenyangkan anda dalam jangka masa yang lama. Oatmeal juga menyerap asid perut yang akan mengurangkan gejala refluks.

HALIA
Halia akan mengurangkan risiko refluks asid dan mampu merawat masalah penghadaman. Saya pernah rebus halia dan bagi suami minum air halia tapi siksanya nak habiskan. Sebab tak sedap. Jadi pilihan yang ada, lebih mudah dan manfaatnya pun sama, boleh juga diberikan supplemen halia macam Peppermint Ginger

ALOE VERA
Kandungan aloe vera berfungsi sebagai penyembuh penyakit semulajadi asid perut. Malah aloe vera juga berfungsi sebagai pembekuan cecair dan penebalan.

SAYURAN HIJAU
Sayur-sayuran hijau seperti brokoli, kubis bunga, kentang, salad, timun, kacang hijau dan asparagus baik di makan bagi mengurangkan asid perut.

DAGING TANPA LEMAK
Elakkan makanan yang berlemak dan berminyak jika anda mengalami asid perut. Lebih baik anda pilih makanan laut atau daging tanpa lemak, tanpa kulit, dan dimasak dengan cara bakar, rebus atau kukus.

PISANG
Pisang adalah antara salah satu buahan yang baik di makan untuk pesakit asid gastrik. Malah buahan lain seperti pir, epal atau tembikai juga boleh di ambil.

ROTI
Roti yang dicadangkan kepada orang yang mempunyai asid perut adalah roti yang mengandungi gandum atau pelbagai gandum di dalamnya. Jenis roti yang mengandungi banyak vitamin, serat dan nutrien baik untuk badan dan kesihatan perut.


ENERGIZING SOY PROTEIN
ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.






Jom kita dengar pengalaman Puan farhana bagaimana beliau menghadapi penyakit gastrik hampir 10 tahun 


CARA PEMBELIAN SET VITAMIN UNTUK GASTRIK

CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET GASTRIK ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan


CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar  Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.


Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik


PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual 'tidak semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.



Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...