MUDAHNYA RENEW LESEN MEMANDU SEKARANG, 15 MINIT SIAP

Masa dalam kereta, husband suruh tengok lesen memandu. Aku tak expect apa apa pun, rupanya dia suruh tengok expired date lesen tu. Muaha. 2 bulan dah expired rupanya lesen memandu aku ni. Maknanya selama ni aku drive ulang alik Seremban Bangi, tanpa lesen! OMG nasib baik tak bertembung dengan abang sado JPJ. heh heh. 

Bila dah ambik cuti, time tu la nak bolot masa untuk pergi Jabatan Pengangkutan Jalan dekat Seremban. On the way nak ke highway Senawang. Sakit pulak hati kite sebab dua kali terpaksa Uturn asyik terlepas simpang je. Nampak benar diri ni tak suka pergi JPJ. (saman pun jarang bayar mihmihmih) Korang yang belum masa nak renew lesen memandu tu, aku nak habaq mai. Senang sangat sangat nak renew lesen ni tau! 15minit je aku rasa. 


GAMBAR LESEN MEMANDU
Sekarang dah tak payah nak bagi gambar ukuran pasport ke. Sekarang JPJ cuma ambik gambar dari IC baru kita tu je. IC lama aku rasa tak boleh. Kena IC baru. Kalau korang belum tukar IC baru lagi, sila pastikan korang mekap tebal tebal, lipstik merah menyala, supaya gambar tak kusam dalam ic nanti. Sebab gambar dalam ic tu la yang akan JPJ guna untuk letak dekat lesen memandu baru kau nanti. Kalau gambar IC je dah tak berapa nak jelita, lesen memandu kau pun akan jadi lagi tak berapa nak jelita. 

15 MINIT SIAP!
Proses untuk renew lesen memandu ni senang bangat seh! Cuma ambik nombor, lepas tu dekat kaunter nanti, bayar RM60 untuk renew lesen 2 tahun. 5 tahun aku tak sure pulak berapa sen. Dalam wallet ada RM100 je, so aku renew 2 tahun jela. haha. Kena mai lagi JPJ 2 tahun akan datang kalau panjang umur. Adei. 

Lepas bayar, tunggu 15minit, nama kena panggil, sign buku log, lepas tu ambik lesen baru. Lepas tu balik. Kot nak menyinggah kafeteria tu aku tatau la korang. Aku malas. Balik cecepat. Sebab Irine dah tak sabar nak ke Giant main playground. Maka drive la aku ke destinasi tanpa ragu ragu sebab lesen dah renew. heheheheeh. So aku nasihatkan kalau nak renew lesen, takyah nak mengada ambik cuti. Buat rugi je semata mata bazir cuti satu hari sebab nak renew lesen yang sekejap tu je pon. Ala kenyit mata je dekat bos, keluar la kejap pegi JPJ. Macam tak biasa. cheaaah!

Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
March 16, 2016 at 8:04 AM delete

alaaa tak buat ic baru lagi

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 16, 2016 at 10:26 AM delete

Kan? ☺ 15 minit jer boleh siap kalau pergi dekat JPJ. Kalau pergi buat dekat UTC, Ma Shaa Allah berjanggut tunggu.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 16, 2016 at 9:04 PM delete

hehehe...kena buat cepat...pakai jelita2, nanti gamba ic pun jelita.. gamba lesen pun jelita ahaks

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 16, 2016 at 9:06 PM delete

hehe yeke? Kenapa tak pergi JPJ je? oo tak tau pulak kalau kat tempat lain lama..tapi sekarang blh renew online je tau..lg senang kot. ahaa

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...