Cara didikan anak ni subjektif sebenarnya. Yela, kita as parents ada cara tersendiri macam mana kita nak didik dorang semua kan? Takde parents kat muka bumi ni yang taknak bagi yang terbaik pada anak anak. Semua nak bagi yang sehabis baik. Dan paling terbaik, kalau kita dapat didik anak kita ikut sunnah Rasullulah. Senang je.. Jom scroll down!
1) UMUR ANAK 0-6 TAHUN
Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan
menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka
kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap
adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
2) UMUR ANAK 7-14TAHUN
Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada
anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya
mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka
kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan
asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul
itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan
mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat
penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
3) UMUR ANAK 15-21 TAHUN
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada
tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN
dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang
perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah
dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka
ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak
bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan
mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang
lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah
orang tua mereka.
4) UMUR ANAK 21 TAHUN KE ATAS
Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN
dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau,
nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka
adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di
luar rumah.
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon