TIPS PALING ASAS SEBELUM MASUK RUMAH BARU

Tips paling asas sebelum masuk rumah baru. Rumah yang aku beli dekat Senawang ni, pernah cerita dekat SINI alhamdulillah, harini dah boleh ambik kunci. Sebelum masuk rumah baru, harus la ambik kunci dulu. So aku nak kongsikan dengan korang yang mungkin akan beli rumah baru jugak satu hari nanti. Ini tips paling asas sebelum masuk rumah baru. 


1. AMBIK KUNCI

Sebelum ambik kunci, aku kena buat appointment dulu dengan pemaju. So disebabkan kitorang kerja hari biasa, kenalah buat appointment hari sabtu. Masa ambik kunci tu, staff tu akan terangkan serba sedikit macam mana nak bukak pintu rumah guna kunci tu, keadaan rumah tu. Apa kena buat kalau ada sebarang kerosakan, ha semua tu dia akan explain masa kita datang ambik kunci. Disebabkan aku tak berapa nak faham tentang teknikal teknikal ni, so aku memang serahkan bulat bulat pada husband. hehe 

2. CHECK KEADAAN RUMAH

Lepas ambik kunci, kitorang akan dibawak pergi ke rumah baru tu untuk sama sama dengan sorang lagi staff untuk check keadaan rumah. Masa ni la kena check betul betul dari segi elektrik, suis tu boleh pakai ke tidak, pili dah ada air ke belum, macam mana tekanan air, laju deras macam air terjun ke atau lambat macam air mata ke, ha semua tu kena check la betul betul. Kalau rasa ok, staff tu akan tick tick pada borang dan kita kena sign. 

3. WARRANTY RUMAH BARU

Untuk harini, cukuplah tu je yang kitorang kena buat. Lepas puas hati tak ada apa apa kerosakan, kitorang boleh tarik nafas lega..Tapi tempoh warranty kalau tak silap 2 tahun. Dalam tempoh 2 tahun kalau ada apa apa kebocoran pada siling ke, atau pape jela kerosakan pada struktur rumah tu, kena cepat cepat bagitahu pihak pemaju. 

4. CARI QUOTATION

Lepas kitorang rilek rilek dalam rumah yang takde kipas lagi tu, apa yang kitorang buat adalah menunggu beberapa kontraktor macam grill dan kabinet dapur untuk ambik ukuran dan bagi quotation harga. Disebabkan kitorang takde masa nak uruskan bila hari biasa, sabtu ahad ni la masa untuk manfaatkan betul betul. 

Nanti next entry aku akan kongsikan tentang tips tips paling asas sebelum masuk rumah baru dari segi pemasangan grill dan kabinet dapur. Sebelum ni punya la tak tahu pape pasal benda benda ni semua. Tapi sekarang insyallah kalau orang tanya, boleh la jawab dengan sedikit pengetahuan hasil pengalaman sendiri yang tak berapa nak banyak ni. hehe. Tunggu next entry ye. See yaa!
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...