IDEA UNTUK BUAT MAJLIS HARI JADI TEMA HELLO KITTY

Selamat hari jadi Irine! Anak mama dah 2 tahun! Lahir pada 30 Januari 2014. Tapi baru harini berkesempatan nak update tentang projek majlis hari jadi si kecik ni. Irine suka Hello Kitty so aku cadang nak buat majlis hari jadi kecil kecilan bertemakan Hello Kitty. Dan semestinya serba serbi adalah pink! Mana nak cari barang barang yang tema hello kitty ye? Pikir jap. 

Seminggu sebelum majlis, aku pergi Mid Valley. Ada satu Party Shop yang jual macam macam kelengkapan untuk buat party especially Birthday Party. Tapi honestly aku bagitahu korang, barang barang kat sini sangatlah mahal. Paper plate pun harga belas belas. Tapi ada satu benda yang aku rasa tak jumpa dekat tempat lain. Kalau ada pun, malas aku nak pergi, dah alang alang terjumpa, aku terus beli. 

BACKDROP TEMA HELLO KITTY



Backdrop ni sejenis plastik nipis yang boleh ditampal dekat dinding sebagai background majlis tu nanti. So kalau nak ambik gambar, maybe cantik la kot. hehe tak dapat imagine lagi masa tu. Warna dia bright dan cantik. Ada banyak lagi gambar. Ada Mickey Mouse, Sofea The First, Upin Ipin, Frozen, eh macam macam la. So aku ambik la Hello Kitty. Feveret budak kecik ni ha. Harga dia boleh tahan la..So aku cakap dekat husband, kita pakai backdrop yang sama sampai umur Irine 5 tahun. Means pakai 5 kali la baru buang. Mahal kot kalau pakai sekali je memang tak berbaloi. kikiki. Harga dia RM90. SSSssssyyyhhh..Reput wallet aku macam ni. 

PINGGAN KERTAS, BELON, BEKAS GOODIES
Ok. Backdrop dah ada. Sekarang masa untuk kita serbu DIY. DIY ni ada jugak yang tak tahu, banyak barang barang party shop dijual dekat sini. Yang paling penting harga dia murah. Bayangkan pinggan kertas kat party shop Mid Valley berbelas belas ringgit untuk 20keping je, tapi dekat DIY, material yang sama, warna dan jenis yang sama, memang sebulat suara la sama nya, harga cuma RM2.50 je untuk 20 keping. Murah kan? So p serbu DIY cepat! 

BELON HELLO KITTY
Sebut pasal belon, aku kalau boleh nak cari belon Hello Kitty jugak. Hehe. Gedik mamanya kan? So aku beli belon Helloy Kitty ni dengan harga RM5 satu. Aku beli 2 je. Cukup la sebab dah ada backdrop yang besar tu, so belon dapat 2 biji cukup la. Beli dekat mana? Yang ni takde dekat DIY. Aku jumpa dekat kedai kopi Mansur area nak ke jalan Kuala Pilah tu. Aku pun tatau apa motip kedai kopi jual belon. 

KEK


Kek yang sedap tak semestinya cantik. Dan kek yang cantik tak semestinya sedap. So aku prefer kek Baker's Cottage je. Semua kek dia sedap sedap. Aku pilih Black Forest je. Harga cuma RM60 untuk sebiji kek tu. Tapi aku tak ingat pulak berapa kilo punya huhu. Kek takde la nak hello kitty sangat. Hello? Apa kes semua nak kittty kitty ni?


BEKAS ISI COKLAT, MASHMELLOW, BISKUT, KEROPOK



Bekas ni aku beli dekat DIY jugak. 50sen je sebiji. Transparent. So senang aku nak isi semua jenis bagai cekedis cekedis bebudak ni. Nak kreatif sikit, google dan print label hello kitty tampal pada botol plastik transparent ni. Jadilah bekas hello kitty.

DRESS SPONSORED BY
Tiap kali majlis, Irine mesti dapat dress sponsored by makyang dia. Hehe. Masa majlis aqiqah dulu pun makyang sponsor dress jugak. Ohh ye masa majlis aqiqah pun banyak yang DIY jugak. Entry tu dekat sini. KLIK dan KLIK SINI



Actually majlis befday Irine ni buat dekat rumah mak aku je. Rumah sendiri tak siap lagi. ngeh ngeh. So majlis pun tertutup untuk family terdekat je. Insyallah nanti dah duduk rumah sendiri esok, baru la jemput kawan kawan Irine yang lain. Eh macam yo yo o je budak kecik ni ada kawan kawan. hahaha. Tadika pun tak setat lagi! So kalau korang nak buat befday party, DIY mungkin satu pilihan yang tepat. Dan pastinya menjimatkan :) Bye!


Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
Azhafizah MN
AUTHOR
March 15, 2016 at 3:26 PM delete

meriahnya majlis si comel.

notapink: terima kasih sudi singgah di www.azhafizah.com

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 15, 2016 at 3:45 PM delete

@azhafizah Md Nor
Terima kasih sudi singgah. :)

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...