BERATNYA HATI NAK BUANG KUCING YANG AKU ANGGAP MACAM ANAK AKU SENDIRI

Tags

dulu aku pernah ada kucing. tapi sekor demi sekor mati. lepas tu aku serik nak bela kucing lagi. sebab aku mesti menangis kalau kucing aku mati. tapi ada satu hari tu, mak kucing tinggalkan anak dia dekat rumah aku lepas tu blah macam tu. aku la yang kena bangun pagi, buat susu untuk bagi dekat anak kucing tu. 

ni la kucing pertama aku yang aku bela sebab ketiadaan ibu. dia pernah lumpuh keempat empat kakinya.tapi aku jaga dia siang malam sampai dia mampu berjalan semula. 


lama lama..dari sekor..terus jadi banyak. aku tak kisah sebab aku memang sayangkan kucing. bagi aku, kucing adalah makhluk tuhan yang nak menumpang kasih sayang kita. kadang kadang, tiap tiap bulan bila gaji, orang lain mesti pikir nak beli baju la kasut la, macam macam lagi. tapi dalam kepala aku, mesti ada portion untuk kucing aku. aku taknak kucing aku lapar. 

kalau kat meja makan, pagi pagi aku buat roti telur. bila tengah lapar, roti telur tu memang sedapp sangat. tapi bila tengok kucing aku ngiau ngiau mintak secubit, aku sanggup kongsi kerat dua roti tu bagi kat kucing aku. 

tapi dekat rumah ni, ada seorang yang tak suka kucing kucing aku. kadang kadang, kalau dia marahkan aku, dia lepaskan marah dia dekat kucing kucing aku. sebab dia tahu, bila kucing aku sakit, aku pun turut rasa sakitnya. orang tu selalu pukul kucing aku dengan rotan depan mata aku. nak melawan tak boleh sebab orang tu orang yang aku sayang jugak. 

bila aku pergi kerja, orang tu taknak bagi makan kat kucing2 aku. bila aku balik kerja, semua kucing kucing tu dapatkan aku seolah olah mengadu kelaparan, mengadu kena pukul sedangkan mereka tak faham apa salah mereka. dalam rumah tu kalau bukan aku yang bagi makan, mati kelaparan kucing tu. kalau bukan aku yang protect dorang dari kene pukul, dah mati da kucing kucing aku. 

tapi hari ni aku dah tak tahan lagi tengok kucing kucing kesayangan aku tersiksa. sedangkan dia boleh hidup lagi senang bawah jagaan orang lain. aku memang mudah kesian dengan haiwan kesayangan nabi muhammad saw ni. malam ni aku menangis mengenangkan nasib kucing kucing aku yang dipukul depan mata aku. apa la dosa mereka. mereka hanya nak bermanja dan mengadu lapar dengan tuannya yang baru balik kerja nii..


kadang kadang aku nak cakap dekat orang tu, supaya letakkan diri dia dekat makhluk tu. apa rasanya jika badan dipukul sedangkan kita tak tahu apa kesalahan kita. kerana haiwan dikurniakan otak tapi tidak dikurniakan akal. mereka tak diminta dilahirkan ke dunia ni. kalau kita buat baik dengan binatang, nescaya binatang tu akan berdoa pada Allah supaya memberi kebaikan kepada kita. 

dan malam ni..aku membuat keputusan yang berat. aku akan mengagih agihkan kucing kucing kesayangan aku pada mereka yang sudi menjaga dan memberi kasih sayang secukupnya. bukan kerana aku dah tak sayangkan mereka. tapi aku terpaksa berpisah dengan kucing kucing aku sebab aku dah tak sanggup nak lihat mereka disiksa oleh orang tu..dan orang tu...adalah ibu ku. 






Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :