ADIK ADIK KALAU NAK BUAT CONTEST, JANGAN MALAS MALAS TAU

Tags

assalamualaikum. ha korang yang tengah cuti sekola tu, buat buat la kerja berpekdah sikit. jangan menghadap blog je *ecceh padahal aku jeles dengan dorang yang rajin update nih* yela..aku kan pemenang award blogger paling pemaleh dalam dunio ni. update pun ikut napsu. takdo napsu, takdo ah update. (apesal cakap negeri lak nih?)

kepada adik adik sekalian. 

akak bukan nak marah korang buat contest nak tambahkan bilangan follower. akak tak marah dik. akak lagi suka lagi lagi kalau adiahnya berupa wang tunai. leh gak akak bayar bil stremik ni. tapi akak cukup marah kalau adik adik, cuba memperdaya, dan memperkotak katikkan usaha akak yang penat berhempas pulas buat entry untuk join kontest adik adik tu ha. 

mana tak nya, akak punya ah berharap siap mimpi mimpi nak menang tempat pertama, tup tup, dekat setahun dik akak tunggu..adik buat tak tahu je dengan kontest yang adik buat tu. mentang mentang akak ni memory low sikit, belek belek archive akak tadi, mak aih aku masuk kontest ni, apesal penganjur kontest diam je tak update pape pun pasal kontest tuh? ni nak sekeh ni. tapi nasib baik akak ni lemah lembut dan pemaaf orangnya. 

Photobucket
akak tak marah, akak geram je

jadi nasihat akak kepada adik adik di luar sana. kalau nak buat kontest, jangan maleh maleh yo. jangan sampai kontest tu boleh menternak anai anai dekat blog tu ha. sia sia je kang. kalau boleh, bila kita buat kontest, cepat lah update keputusan dia. jangan biarkan peserta peserta mengigau nigau di tengah malam. 

ok lah. bai.

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :