BLOG AKU DAH PREGNANT!

Tags

aahhhhhh...mula rasa mual nak muntah muntah..blog aku dah pregnant! hahahahahhahahahaha...

 uwek! uwek!

nak jadi blogger memang senang. bukan susah pun nak sign up satu blog. pejam mata pun boleh. tapi kadang kadang macam aku sendiri, perrrrghhh...rasa nak muntah muntah pikir nak update apa. rasa nak muntah tengok blog sendiri. rasa nak menangis pun ada bila tengok blog terabai. rasa macam nak tendang pintu kereta je tengok header tak tukar tukar sejak tahun lepas. (aku pun takfaham apa kaitan header blog dengan pintu kereta)

pastu rasa macam nak hack blogger lain je bila tengok dorang rajin update 8 kali sehari sampaikan harini makan apa, harini beli baju baru, harini ada orang banje makan, haa suma nak update..memang dasyat la dorang. tak kering idea nak update. tak satu page, satu perenggan pun jadik la asalkan update. peghh..kelas gitu. bestnya dorang kan...

aku? huwaaa..takpe..tunggu minggu ni..insyallah blog ni akan dimake over semula..segala skil skil photoshop yang tak seberapa..akan dipraktikkan semula untuk menghasilkan header yang baru. walaupun tak sehebat header blog blog lain, tapi akan aku usahakan untuk buat pembaharuan supaya aku tak muntah2 lagi. omaydariling! 

bukan senang nak jadi blogger macam aku. setahun sekali update. 8 tahun sekali tukar header. korang hado? hahahaha.


Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :