terjaga dari tidur,aku terus menangis teresak-esak. kuseka air mata sambil memujuk diri..laju mencurah. tak dapat aku tahan. rasa ini sakit. mimpi buruk selalu datang menemui aku. damn.
sang hati..
terlalu banyak sakit yang kau pendamkan. kadangkala kau memerlukan aku untuk meredakan kesakitan mu. usah risau hati, aku sediakan airmata ini hanya untuk kau. agar kau berteman, agar kau tidak lagi kesunyian...
memendam apa yang aku rasa, telah aku pelajari sejak hari tu lagi..sakit. sekali lagi aku terpaksa. siapa tahu?kau?dia?mereka? tak ada siapa tahu apa yang aku rasa ketika itu..aku pendamkan saja kemas dalam hati.
malam tadi airmata aku tumpah lagi. dan aku benci emosi itu. benci sangat. tapi aku yakin...aku mampu lagi untuk terus melawan emosi itu. dan aku kesal. malam tadi emosi aku sekali lagi "terlepas" lalu mengganggu emosi "para hati" yang lain, maafkan saya, awak.......kerana saya sendiri benci emosi sebegini.
aku sedaya upaya cuba untuk jaga hati dan perasaan orang lain..hati dan perasaan orang sekeliling aku......bila kadang-kadang kalau aku terasa hati ....aku diam semahunya..aku buat-buat tak dengar..time tuh mesti aku senyap terus...tak mampu dah nak cakap apa-apa...masa tu jugak mesti aku macam nak kesat je mata sebab mata macam dah bergenang. tapi bila aku diam, mesti ada yang paksa aku untuk luahkan. dan aku terpaksa luahkan dalam keadaan terpaksa.
tapi tak pe,lepas ni aku akan kembali senyum..aku ambil pilihan untuk senyap instead of lawan balik or tegak kan ape yang aku nak cakap sebab aku tau kalau kita ketengahkan mahupun perbesarkan bende yang kecil....akan jadi lagi teruk......aku simpan simpan..lepas tuh aku makan hati....aku sedih...tapi aku pujuk balik hati..."aisshhh...nape ni sedih-sedih...janganlah sedih..semua orang tak sempurna...mungkin kau rasa sedih hari ni sebab semalam kau buat orang lain sedih...siapa tau?"
kita hidup dalam dunia ni bukan sorang.....so nak taknak kena jaga hati orang lain jugak. tapi hati aku? kadang-kadang aku rasa macam aku ni robot.....
P/S - aku sayang kamera aku. motip?
12 komen
Write komencantik nyaaa the roses tuuuu! walaupun sakit hati tetap ada orang nak bagi roses, tapi saya tak pernah pun ada orang bagi hehehhe
Replytertanya-tanya adakah hati masih merajuk
Replyxpe..sabar ye aish...nanti ade la kebahagiaan lain tu..:)
Replycobaan buat kita lebih kuat.. semakin byk kesengsaraan semakin dekat kebahagiaan dgn kita.. semoga cik aish kuat menghadapinyer.. heeeee~
Replybestnya mawar tu.. merah hati setulus hati pemiliknya :)
Replysabar sajalah.. yang mendatang itu kdg lebih baik dari yang terlepas dek tangan.. :)
Replyrobot pon kekadang dia tak tahu dia robot.. :P
Replysuwettt lar dpt bear n munge!!
@sarah mohamad hehe ye..bersyukur sgt2..:)
Reply@A retarded kitty emm bukan merajuk..cuma kdg2 peristiwa silam selalu teringat balik..effect sgt kat life
Reply@najihah sahami thanks mish :)
Reply@gadis melayu yup..thanks atia for ur support :)
Replyperistiwa silam adalah sejarah yg mengikut & mengikat kehidupan kita. so? moga ia jd pendorong & motivasi diri bg kita menghadapi hari ini dgn lebey ekselen. sb esok tak tentu lg kita ntah di mana......
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon