CARA MENGORAT PENUH SENTIMENTAL VALUE

Photobucketkenapa aku letak gambar kunci ni? "makcik menang motor.." takkan ada lah kan?? bawak motor pun tak reti. T___T
kunci ni aku beli masa kat Italy awal tahun hari tu. aku beli sebab dia unik. ada sentimental value dekat kunci tu. ceh bajet pulak ayat ni aku rasa. korang tahu tak ada apa dengan kunci ni? kunci ni la aku guna untuk mengorat PP Epal. muahahaha. 

mengorat PP Epal pakai kunci?

well actually aku ni paling tak reti nak mengurat lelaki. haha sila muntah tepi sekarang. tapi betol aku tak tipu. bagi aku, dalam life ni, lelaki kena amik first action dulu..nak mengurat ke, nak merisik ke, nak timang anak ke..hahaha..ok melalut dah tu. nak harap aku start dulu, takkan ada la..malu tau. :p

Photobucketmasa aku mula rapat dengan PP Epal dulu, dalam hati ni "ala dia ni lembab betul la, cepat lah ngorat aku!" ha lebih kurang camtu la. haha. takde la..main main je. rakus bebenor pulak gayanya tu. em just selesa berkawan tapi tak la harap nak jadi more than frend. 

so ada satu ari tu, aku bagi dia kunci ni. 

Aish : nah amik la kunci ni. saya beli kat Italy dulu
PP Epal : thanks awak.

and bila we all dah kapel ni, baru aku bagitahu kenapa aku bagi kunci tu.

Aish : kamu, tahu tak kenapa kita bagi kamu kunci tu dulu?
PP Epal : kamu kata tu sebagai souvenir je kan?
Aish : tak lah..tu maknanya kita dah bagi kunci hati kita kat kamu. kita bagi hint suruh kamu ngurat kita. haha
PP Epal : laa..apesal kita tak dapat tangkap dulu?? 
Aish : tu la kamu lembab macam siput. penat kita hint. nasib baik kamu ngurat gak kita. hhaa

sengal lak aku rasa kitorang time tu. haha
moral of the story, guys di luar sana, kadang kadang ada spesis perempuan yang tak kisah mulakan step pertama. tapi ada gak spesis malu malu ayam. suka kat someone tapi tak berani nak luahkan. alert ye. kalau spesis macam ni cuba bagi hint. haha.

to PP Epal : i lebiu. xoxo







Previous
Next Post »