Perkahwinan : Kau fikir kahwin ni senang?

weddings Pictures, Images and Photos


"aku tak nak tunang lama2"

Mesti pernah dengar kan ayat tu? Senyum. Semua taknak tunang lama-lama. Atas alasan takut benda-benda buruk terjadi. Bukankah ikatan pertunangan itu sebagai satu langkah kita ke arah perkahwinan? Satu tempoh masa untuk menyediakan diri kita dengan satu pemikiran yang sungguh matang. Ingat, toleransi itu adalah segala2nya, bertembung dengan satu keluarga baru yang diri kita mungkin tidak dapat faham  kerana pemikiran yang berlainan yang mungkin berlawanan.


weddings Pictures, Images and Photos
 
 
Ya, aku mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Tapi kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi kebaikan. Dan seandainya aku menerima apa-apa kebaikan dari suami,  semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu.
 
 
persandingan Raja Melayu Pictures, Images and Photos
 
 
Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai
 


Bride Pictures, Images and Photos

Cik Aish - Terfikir. Termenung. Lalu senyum. Geli hati.
Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
Unknown
AUTHOR
November 16, 2010 at 6:16 PM delete

setuju,terimalah kekurangan pasangan kita,tiada yang sempurna

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...