Jaga segerombolan anak kambing lagi senang dari menjaga sekeping hati!

Sedih. Geram. Sebak. Benci. Perasaan itu bersilih ganti. Macam larian berganti-ganti masa sekolah dulu. Heh. Cuba untuk senyum. Pahit. 

Ketika ini aku memang memerlukan seseorang untuk menjadi pendengar setia. Wujud ke? Tak mengapa. Selagi boleh aku pendam, aku pendam. Mengeluh. Jauh termenung. Tuhan, berikan aku kekuatan untuk melupakan segala-galanya. 


"Whats up! Problem again?"
"Normal.."
"Story la..Luka lama berdarah balik ke?"
"Luka aku ni tak pernah berhenti berdarah la.."senyum sinis.


Ahad. Berkurung dalam bilik. Baring, melepaskan fikiran mengejar kenangan silam. Pedihnya kenangan itu. Aku perlu tabah! Namun, air gugur juga di hujung kelopak. Cepat-cepat mengeringkannya. 


Hidup ini penuh dengan pencarian. Kadangkala kita sendiri tidak pasti apa yang dicari. Manusia akan terus menyusuri titi kehidupan, mencari kebahagiaan yang tidak pasti. Adakala, di dalam penitian itu, kita jatuh lalu tersungkur. Namun kita tidak pernah serik. Pastinya manusia itu akan terus bangun dan meniti lagi. Mencari dan terus mencari. 


Kebahagiaan telah ditemui. Lalu, aku hanya tersenyum sepanjang hari, berdoa agar hujan tidak turun di tengah hari...He's so deserve! Very secretive! Anyway..he's so nice and gentle. Dia tak pernah ambik kesempatan ke atas aku. Cuma mungkin dia sibuk. Atau malas melayan kerenah aku. Heh.



Nota tapak kaki : Ada mulut yang kata, semua entry blog ini hanya mengaibkan orang. Betul ke? Rasanya manusia itu sudah buta matanya, sudah buta hatinya, sudah buta segala-galanya kerana terlalu sayang pada lelaki. Terpulang. Aku hanya mengingatkan. Kita sama perempuan kan?




Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...