Maaf. Hanya gambar hiasan. Tiada kene mengena dengan tajuk entry. Tapi watak kucing itu mungkin adalah kot sama macam tuan blog ni. Menunggu...bilalah dia nak call..? Erk ?
Cepatnya masa berlalu. Tak terkejar rasanya. Tiba-tiba je dah raya. Bangun-bangun je dah Deepavali..(Happy Deepavali to all!) Then lepas ni tahu-tahu dah cuti sekolah..Dah Kristmas, lepastu tetiba dah 31.12.2010.
Happy New Year da...
Makin lama otak ni makin suka memikirkan perkara-perkara remeh. Sebenarnya rindu pada mereka. Teringat kata-kata mereka. Kita berkawan sampai bila-bila. Ya. Macam-macam pahit manis. Tapi seorang demi seorang makin melupakan. Jadi aku pun bertindak untuk tidak mempedulikan mereka. Kerana aku sememangnya masih berkecil hati dengan kesemua mereka. Semua.
Peristiwa yang bikin aku sentap..Banyak. Ntahlah. Persahabatan yang sangat cool..adalah sebuah persahabatan yang tidak mementingkan diri sendiri dan saling berkomunikasi serta menjaga hati masing-masing. Sebab tu aku tak pernah percaya pada istilah sahabat baik dari dulu lagi. Sebab aku belum jumpa lagi kot.
Lepak bersama-sama. Tiada antara kami yang tinggal. Cukup korum. Ke mana-mana pasti bersama. Open table bergelak ketawa dan order makanan semahu-mahunya seolah-olah hari metekadarah sedunia. Berkaraoke lagu dangdut, lagu sedih, lagu patriotik semua ada. Ada yang memuji ada yang mengutuk. Tu kira pakej hampeh. Haha. Hati berbunga-bunga riang sehingga tanpa sang kekasih pun boleh hidup kot.Ibarat love potion oohhh!
Oh itu semalam. Dan HANYA semalam. Tidak mungkin selamanya heaven begitu. Sekarang mungkin hell. Kerana mungkin memori masing-masing sudah pun pudar. Dan itu menyebabkan aku tidak lagi mahu mempedulikan mereka. Bukan kerana aku sudah mempunyai kekasih hati. Tapi kerana berkecil hati dengan setiap mereka yang sangat......SOMBONG.
U all takde. Ada i kesah? Semua yang heaven tu hanya semalam. Bukan selama-lamanya. Pst...Membawa diri dan hati yang luka parah pada insan yang sudi mendengar. Terimakasih daun keladi.
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon