Suatu masa dulu ketika aku bergelar mahasiswi tegar!

Tatkala aku berumur 19tahun, di mana aku melanjutkan pelajaran ke UiTM Melaka, aku selalu mempersoalkan kenapa aku perlu belajar tinggi-tinggi? Senyum. Mungkin hormon anak bongsu masih belum hilang lagi dari badan. 



Persahabatan dengan Eriz bermula dari hari pertama aku menjejakkan kaki ke dorm  hostel Blok L. Oh ya. Blok itu kini sudah bertukar nama. Blok Tun Kudu.  Tersengih. Sebut namanya membuatkan aku senyum sendirian. Ya. Berbalik pada Eriz. Dia adalah sahabat yang sukar untuk aku cari pengganti. Dia lain dari yang lain. Pemikirannya, pemahamannya, pendapatnya dan lawak bodohnya sangat sama dengan aku. Kami kawan. Rapat. 


Di awal semester pertama aku di UiTM memberikan aku seribu kemanisan yang tidak mungkin akan aku lupakan sampai hari ini. Siapa tak kenal kami berdua? Junior yang sangat tegar! Peraturan ketat yang dikenakan oleh senior, melarang junior untuk makan di cafe, kami jadikannya sebagai angin yang meniup sepintas lalu di telinga. Kami endahkan. Gasaklah. Ketawa. Yang pasti, muka kami ada di cafe senior pada minggu pertama selepas selesai orientasi!! Dan minggu yang seterusnya!


Kelas pertama pada minggu pertama tidak menjadikan aku sebagai gadis yang lemah lembut serta pemalu dengan semua orang. Aku menjadi terlebih ramah. Bergabung pula dengan Eriz yang tidak kalah dengan idea-idea gila menjadikan kami berdua diterima oleh kebanyakan classmate kami. Lelaki atau perempuan tidak menghalang kami untuk bergurau senda bagaikan sudah kenal lama. Ketawa. Siapa yang tak ingat perangai kami yang pastinya setiap pagi akan tapau dua ke tiga bungkus nasi lemak best dan apabila lecturer sedang kusyuk kami akan keluar untuk makan nasi lemak tu di luar kelas!! Mampu???

Gelak lagi.


 
Itu belum sentuh bab musim Test atau Final Exam lagi. Sama-sama berhempas pulas membuat past year question dan masing-masing cuba membantu sesiapa yang lemah dalam apa-apa saja subjek. Sama-sama membawa toshlight untuk ke library malam-malam. Gigih tak gigih? Dan yang pasti otak serabut bakal disusuli dengan gelak ketawa dengan lawak-lawak bodoh apabila singgah ke cafe selepas itu. Aku teringat apabila mereka menggelarkan kami anak lot kerana sering makan di cafe. Tak mengapa. Mereka tak faham. Perbezaan makan di dewan makan dengan di cafe. Hehe. Hanya pelajar nakal yang bisa faham! 


Dan aku masih ingat lagi bagaimana setannya kawan-kawanku menggosipkan aku dengan pakcik cafe yang apabila senyum ternampak giginye yang rongak. Hehe. Yang pasti, hasil gosip liar tersebut, aku dan kawan-kawan mewah dengan minuman yang extra cincau, extra susu, extra carrot dan pelbagai extra lagi! Terima kasi pakcik skandal!



Apa pun, aku sukakan kebahagiaan pada usia itu. Jauh dalam hati, aku merindui kawan-kawanku yang sering berada denganku tatkala suka dan duka. Tetapi hidup ini tidak akan berhenti pada satu detik sahaja. Ia akan tetap bergerak samada suka atau tidak. 


Untuk aku, kehidupan aku kini adalah ruang perjalanan yang baru, namun aku tidak akan sesekali membuang memori indah bergelar mahasiswi yang pernah menjadi dunia aku dulu, kerana di situ ada kenangan, ada pengalaman dan ada ketenangan yang tidak mungkin akan ku perolehi lagi pada usia ku sekarang.


Cik Aish - adakah aku akan melalui semula detik-detik manis ini lagi? Senyum.
Previous
Next Post »

5 komen

Write komen
saya_arief
AUTHOR
November 28, 2010 at 7:25 AM delete

study hanya bila masa test/final suda dekat...
baru nak kalut2..
;p

Reply
avatar
backspace
AUTHOR
November 29, 2010 at 5:22 PM delete

study last minit baru rase thrill dia.. hhihii

Reply
avatar
cinta dhati saya
AUTHOR
December 8, 2010 at 5:42 PM delete

mmg sgt2 best dwaktu belajar...kenangn terindh yg xdapat dtukar gantiii :>

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 18, 2011 at 5:45 PM delete

eh,interframe nme aku..haha..mmg seronok ms zmn diploma dulu,smpai org pggl kte kembar kn?mmg aku xkn lupe ko smpai ble2..wlpn skg ni haluan kte da jauh brbeza..aku terjatuh dan msih belom mmpu bgkit lg..tp xpe,aku ttp akn usaha..wlau ape pn,you are the best i ever had..:)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 18, 2011 at 5:49 PM delete

WAHHH cik anon...aku tau kau siapa...hahaha..tu la terharu tak aku buat entry pasal kt? hahaha..takpe..aku pun takkan lupa kat ko smpi bila bila.. :)

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...