Berbekalkan beberapa percent sifat keibuan yang dimiliki, cukup untuk mengatakan tidak pada si pengurat!

Maaf. Geli hati melihat keletah kanak-kanak berumur 6 tahun memanggil aku MAK sehinggakan niat suci beberapa lelaki yang tidak kurang hensemnya terbantut gara-gara panggilan itu. Thumbs up! 

Megamind. Ya. Tatkala aku berumur 24 tahun aku, aku melangkah ke panggung MBO menonton filem animasi ini. *watak hero sangat huduh* Ah...aku dah biasa menonton wayang bersama 3 orang anak kecil @ anak buah aku nie. 

Pastinya hati ini terasa terhibur ditemani mereka walaupun terpaksa menerima hakikat akan kejatuhan saham yang mendadak! 


Pakwe-pakwe hensem : Hai..anak ke?
Aku : Ya. Anak.
Pakwe-pakwe hensem : Mudanya dah ada anak? 
Aku : (Senyum)..............terus beredar. 


Ketawa.
Ya. Terima kasih kerana hari ini mendapat title ibu muda. Ya aku sungguh teruja!

Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...