TIPS UNTUK TULIS IMPIAN YANG JELAS

Assalamualaikum

Semua orang ada impian, tapi tak pernah nak menzahirkan impian tu. Cuma terdetik dalam hati lepas tu esok esok terus lupa apa impian tu. Dulu aku suka jugak berangan nak itu nak ini, lepas tu berangan jela, nama nak capai impian tu tak pernah ada. Lama lama lupa. So kali ni aku nak kongsikan tips untuk tulis impian yang jelas. 

APA TIPSNYA?
Tipsnya adalah, kita tulis impian kita setiap hari. Nak cantik macam Neelofa? Nak rumah besar 10 bilik? Nak kereta sebijik hasil duit sendiri? Tulis je. Apa yang terlintas, tulis. Tulis tanpa ada rasa jemu. Nak lagi best, google gambar tu, contoh macam impian nak ada rumah besar, google rumah lawa lawa, print dan tampal dalam buku. 

Setiap hari korang akan jadi lagi bersemangat sebab korang ada impian yang JELAS. Nak lagi bersemangat, beli buku yang cantik cantik, macam buku yang cover motivasi, boleh beli dekat MPH Bookstores. Buku saiz poket pun boleh tapi kecik jela boleh tulis. Nak puas hati, beli buku lukisan. Hari hari balik kerja, tulis impian korang dalam tu. Buan macam ala ala scrab book. 


SENIOR SUPERVISOR SHAKLEE
Aku suka tulis impian yang aku nak capai dalam buku nota. Dulu siap tulis besar besar, NAK NAIK SUPERVISOR DALAM SHAKLEE dan nak genggam bonus 4 ANGKA SETIAP BULAN. Alhamdulillah, tercapai. Dengan bonus tu, aku tak sangka aku boleh naikkan saving aku setiap bulan. Nak harap gaji? Memang tak la hehe. 

SAVING RM1000 SEBULAN
Tadi, aku tulis impian aku nak naik rank SENIOR SUPERVISOR dalam shaklee dan genggam bonus 3 ke 4 ribu sebulan. Ya allah, aku betul betul berharap dapat capai impian tu. Sebab dengan bonus macam tu, insyallah impian aku seterusnya nak saving at least seribu sebulan. Gaji pulak aku akan gunakan untuk perbelanjaan harian untuk bantu suami. Saving tu jela harap daripada bonus shaklee tiap bulan. 

DEKO RUMAH BARU 

 
Aku kan nak masuk rumah hujung tahun ni. Memang banyak nak pakai duit. Sebab boleh tahan gak nafsu tinggi budak ni nak rumah macam dalam katalog ikea haha. Tapi tak mustahil pun, kalau kita pasang impian tu. Kena la kerja keras. Balik rumah bukak buka nota, tengok gambar ruang tamu ikea, terus jadi semangat nak bekerja lebih keras lagi! 

Oklah. Tipsnya tu jela. Pasang impian tu boleh. Tapi biar jelas. Supaya kita akan lagi bersemangat nak mencapai impian kita. Biarlah orang kata poooraahh berangan laa kauu..tapi jangan tak tahu, tanpa angan angan, kita tak ke mana. dan tanpa impian, kita akan berada di takuk yang sama :)

Bye!

Previous
Next Post »

10 komen

Write komen
shaazzoo
AUTHOR
September 23, 2015 at 5:56 PM delete

impian,

nak g bangkok
nak dpt award leadership
nak dpt side income rm2k setiap bulan
nak dpt anak ramai opsss anak shaklee ok

amin...

Reply
avatar
Bihah Arrose
AUTHOR
September 23, 2015 at 9:57 PM delete

Oh semoga tercapai impian :-)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 26, 2015 at 1:58 PM delete

Betul. Kena tulis dengan jelas. Baca hari2 baru semangat nak capai target. Hehe.

Reply
avatar
Nik
AUTHOR
October 5, 2015 at 9:08 PM delete

byk impian tak tercapat lagi.dan Alhamdullilah,ada jugak impian yg dah tercapai :)

Reply
avatar
Madam N
AUTHOR
October 9, 2015 at 2:09 PM delete

impian..byk tp ntah bila nak jd kenyataan:(

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 10, 2015 at 11:35 PM delete

@Nabila Syifa insyallah. pasang impian, usaha, dan kejar impian jadi kenyataan ye

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 10, 2015 at 11:35 PM delete

@nik ros alhamdulillah. tahniah ada jugak yg tercapai kan.. :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 10, 2015 at 11:36 PM delete

@Aisya Ahamad betul2.. klu nak umah besar, gunting gambar rumah yg kt suka, dan tampal! waaaa best

Reply
avatar
Wanyob
AUTHOR
October 20, 2015 at 8:25 PM delete

Impian aku sekarang adalah nak langsaikan semua hutang yang ada .

Reply
avatar
October 29, 2015 at 9:01 AM delete

Good luck is. suka tengok impian besar is. moga tercapai semuanya.. :)

nanti housewarming jangan lupa jemput.

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...