PERIOD TAK TETAP PUNCA ISTERI SUKAR HAMIL

Assalamualaikum

"...ramainya kaum isteri harini yang ada masalah period tak teratur. Suami pula asyik bagi hint hint je bila la waktu subur isteri aku ni..belah suami mahupun isteri, dua dua pun risau sebab dah 3 tahun kahwin masih belum ada anak..."
Pukul 1 pagi baru selesai semak semua buku Follow Up Customer. Boleh dikatakan 80% customer aku ada masalah period tak tetap. Bila period tak tetap, mesti dikaitkan dengan masalah sukar untuk hamil. Ya. Memang betul, aku pun baru perasan jumlah customer aku kebanyakkan datang dari yang sukar hamil sebab period tak tetap. Agaknya ada tak pembaca Belog Cik Aish ada maslaah yang sama? 

Period Tak Tetap Sejak Bangku Sekolah
Selalunya, zaman persekolahan memang zaman sistem dalam badan tengah tunggang terbalik. Masa tu hormon memang tak betul. Salah satu ciri ciri hormon tak betul, muka dia mesti ada jerawat. hehe. Tapi kalau dari zaman bangku sekolah, sampai zaman dah berkahwin, masih lagi tak tetap period tu, memang satu masalah besar. Kenapa masalah besar? Masalah nak planning untuk hamil la apa lagi. 

KENAPA PERIOD TETAP TU PENTING KALAU MERANCANG UNTUK HAMIL?
Apa yang aku faham, period tetap akan bantu kita untuk senang target bila waktu subur kita. Kebiasaannya, wanita yang didatangi haid setiap bulan adalah wanita yang subur. Haid terjadi selepas ovum matang yang berpotensi disenyawakan 'dilepaskan' setiap bulan.Ketika dilepaskan pada waktu subur, potensi wanita hamil adalah tinggi jika berlaku perhubungan suami isteri. Tetapi, jika haid tidak stabil, nak tentukan bila hari subur pun sukar. Baru 5 hari habis haid, haid pada cycle seterusnya dah datang. Ataupun, haid berpanjangan sehingga berbelas hari sehingga mengganggu emosi. Hal begini mengurangkan potensi seseorang wanita untuk hamil.
Menurut Majalah Pa & Ma, 12 punca haid yg tidak teratur adalah:

Punca #1 : 
KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

Punca #2 : 
BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

Punca #3:
TERLALU KURUS
- tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.

Punca #4:
MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

Punca #5:
MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

Punca #6:
PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

Punca #7:
TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.



Punca #8:
PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

Punca #9:
TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.

Punca #10:
MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
 
CADANGAN SUPPLEMEN UNTUK BANTU PERIOD TETAP DAN MUDAH HAMIL
Cadangan aku kepada anda semua yang mengalami masalah period tak tetap, cuba ambil Vivix secara konsisten. InshaAllah dengan izin Allah tak lama lagi giliran anda pula. Antara feedback customer aku, "Vivix lah antara supplement yang paling saya wajibkan diri untuk konsisten ambil. Kerana Vivix membantu memperbaiki SEL dan DNA. So ianya secara tak lansung membantu rahim saya SIHAT dan mudah untuk conceive. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan konsisten dengan dose yang agak berbeza saya ambil dari sebelum ini, saya akhirnya disahkan hamil selepas 3 tahun menanti.."

Vivix adalah dihasilkan dari Extract Anggur Muscadine. Rasa macam ribena pulak kan? Sebab aku pun memang amalkan vivix walaupun dah keluar Irine. haha. Rasa dia memang sedap. 




Kalau nak tahu lebih detail cara order ke, harga berapa ke, boleh la click button PINK semerbak ni ha :) Insyallah. Kita hanya mampu berusaha untuk dapat yang terbaik. Allah saja yang menentukannya. Kita hanya mampu merancang dan berusaha ye tak?
KLIK FOR DETAILS
http://getmedean.blogspot.com/2015/06/pembelian-supplemen-shaklee-melalui-4.html
 
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...