12 TIPS MUDAH HAMIL UNTUK SUAMI DAN ISTERI SAMA SAMA PRAKTIKKAN

Lately aku kerap menjengah fanpage Kelab Ibu Sukar Hamil Dan Mahu Zuriat. Setiap kali ada yang post tentang pengalaman beliau berjaya hamil, maka berpusu pusulah kaum kaum hawa yang dahagakan cahaya mata, memberi komen untuk tanya produk apa yang mereka guna? Apa yang mereka makan? Semuanya mahu kan anak setelah kahwin beberapa tahun. Walaupun suami tak pernah mendesak, tapi kita sebagai isteri, naluri isteri tetap mengatakan suami kita mahukan zuriat.

 Suami dan isteri kena sama sama praktikkan tips ni ye

Tapi apa pun, suami dan isteri kena sama sama berusaha untuk dapatkan cahaya mata. Bukan tanggungjawab isteri sorang je tau! Sebab kita sendiri tak tahu punca sukar hamil tu dari isteri atau dari suami. So dua dua kena sama sama berusaha. Jadi 12 tips ni sesuai dipraktikkan baik suami atau pun isteri. Semoga memberi manfaat. 

1. Beristighfar dan bertaubat atas segala dosa yang pernah kita lakukan
Banyakkan beristighfar. Dekatkan diri dengan Allah. Kalau sebelum ni kita selalu merungut kenapa Allah tak beri anak dekat kita, cuba harini kita muhasabah balik diri kita. Mungkin ada dosa dosa kita yang selama ni kita lakukan dan jadi penghalang untuk Allah makbulkan doa kita. Jadi, banyakkan bertaubat dengan segala dosa yang kita lakukan, insyallah Allah Maha Pengampun. 

2. Puasa sunat
Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s.

3. Jaga tutur kata
Tidak bercakap yang sia sia. Ketika suami isteri sedang mengharapkan kehadiran cahaya mata, seboleh bolehnya tidak bercakap yang sia sia lebih lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir atau bercakap yang mendatangkan faedah. 

4. Berdoa 
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa. Mungkin kita  semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

5. Cari ilmu tentang kesuburan dan kehamilan
Kebanyakan wanita tak tahu pun bila tarikh mereka subur dan sepatutnya buat hubungan kelamin dengan suami. Jadi, cuba cari ilmu tentang kesuburan dan kehamilan supaya kita dapat tingkatkan potensi hamil tu. Aku cuba kongsikan artikel dari Dr Zubaidi tentang CARA MENENTUKAN MASA KESUBURAN

6. Jaga pemakanan dan diet 
Punca utamanya adalah obesiti dan obesiti ini akan menyebabkan PCOS dan PCOS menyebabkan haid tidak menentu atau berhenti dan ianya pula menyebabkan sesorang itu sukar untuk mengandung. Pertambahan lemak sama ada dibawah kulit atau dalam perut menyebabkan kenaikan paras hormone estrogen dan ini akan menganggu ovulasi dari berlaku. Wanita yang sukar hamil selalunya mengalami PCOS akibat dari masalah obesiti dan haid. Jadi, cuba kurangkan berat badan dengan cara sihat. Boleh KLIK tips turunkan berat badan di sini.

7.  Makan vitamin
 1. ESP bagus untuk rahim yang lemah

Ada sesetengah isteri yang rahimnya tak kuat. Sebab tu bila lekat, dia akan gugur dan keluar seolah olah macam period. Sedih kan? Bila plan nak anak tapi masih belum ada rezeki lagi. One of the reason..sebab rahim tak kuat. Jadi aku sangat rekemen mereka yang ada masalah rahim tak kuat dan mahukan zuriat untuk minum protein esp ni. Kenapa protein? Sebab protein yang bina dan repair sel. Penggunaan konsisten akan bantu tingkatkan kesuburan dan kuatkan otot rahim! 

2. VIVIX mengandungi kandungan Resveratrol dari anggur Muscadine.

Resveratrol ni fungsinya adalah untuk melindungi telur yang sudah matang dari rosak akibat oxidate damage, dan beri peluang yang tinggi untuk disenyawakan.


8. Jumpa doktor pakar
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

9. Elakkan tekanan
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat. Macam mana stress boleh jadi punca sukar hamil?

  • stress akan menyebabkan ketidak seimbangan hormon didalam badan kita..elok2 hormon ok..tiba2.    Akan jadi ting tong seterusnya akan menyebabkan baby susah nk disenyawakan. esspecially progestrone hormone.
  • badan kita akan mengeluarkan satu hormon yang akan reject semua sperm yang ada dalam rahim kita so memang susah nk lekat...
  • stress menyebabkan telur kita susah nak matang....telur yang x matang memang tidak dapat disenyawakan.
  • stress akan menyebabkan kita ovulation lambat dan akan delaykan period...

10. Jauhi rokok
Dalam kes perokok, tidak banyak sperma yang berkualiti dapat dihasilkan. Berkualiti yang dimaksudkan di sini adalah sperma yang boleh hidup lama dan berenang laju secara sehala supaya dapat bersenyawa dengan ovum. Oleh itu sangat penting untuk perokok mempunyai kesedaran bahawa anda mungkin punca isteri belum hamil. Jadi jangan berlengah lagi, hentikan tabiat merokok. Susah nak berhenti? Badan rasa separuh mati bila cuba nak berhenti rokok? Cuba amalkan minuman VIVIX dari anggur muscadine, anggur termahal dunia. Vivix bantu buat kita berhenti rokok tanpa rasa sakit dan derita!

Cuba dengar pengalaman Encik Hazrin tentang macam mana dia berhenti rokok dengan vivix.




11. Jauhi kafein




Bagi wanita yang subur, minum kopi yang mengandungi kafein yang banyak, tidak menjadi masalah. Bagi wanita yang agak sukar untuk hamil, elakkan terlalu minum banyak kafein. Seorang wanita yang 5 tahun menunggu, dikurniakan zuriat setelah menghentikan pengalaman minum kopi setiap pagi selama 3 bulan..Ia menjadi punca sebab ALLAH mahu memberikan anugerahNYA. Antara minuman berkafein yang PALING TINGGI kandungan kafein adalah Coffee Latte, Cappucino, dan perlbagai jeniss coffee lagi

12. Tidak berputus asa dan kekal positif 


Allah saja yang menentukan takdir seseorang sama ada seseorang itu dikurniakan zuriat atau tidak. Oleh kerana kita tidak tahu takdir kita, kita kena berusaha untuk mendapat apa yang kita hajati.  Jangan pernah berputus asa dan kekal positif ye :)



KLIK UNTUK PEMBELIAN ESP DAN VIVIX (VITAMIN UNTUK HAMIL)
http://getmedean.blogspot.com/2015/06/pembelian-supplemen-shaklee-melalui-4.html
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...