.

.

JALUR KEDUA PREGNANCY TEST SAMAR SAMAR, HAMIL KE TAK NI?

Assalamualaikum

Dah 3 hari sebenarnya aku rasa badan cepat letih. Kejap kejap panas macam nak demam. Time tu, aku cepat cepat bancuh VIVIX dengan air Performance Drink. Segar terus. Demam pun tak jadi. Tapi dia akan berulang panas balik badan pada malam seterusnya. Sampai lah hari Khamis lepas, muntah muntah, rasa perut kembung macam tak cukup makan. Padahal siang tu punya lah gigih update pasal Projek Periuk Nasi dekat office. Tak pernah lagi skip makan. 

Takkan kembung pasal tak makan pulak kan?

So khamis malam tu, aku rasa badan bisa bisa. Jenis yang makan tulang punya. Seram sejuk. Perut kembung. Loya mual semua ada. Masa pergi klinik, doktor cuma suspek perut kembung biasa biasa je. Dia bagi ubat demam, sakit sendi dengan ubat angin. Lepas makan ubat, aku muntah muntah. Tidur pun tak lena. 

Bangun pagi, perut masih rasa tak sedap. Badan still lemau. Mandikan Irine pun sambil duduk atas toilet seat. Teruk bebenau dah aku rasa. Tak boleh jadi ni, aku text hubby mintak bawak kan pergi klinik. Lagi pun aku kena ambik MC. Dah ponteng kerja kena la ambik MC sehari kan? Dekat klinik, doktor tanya bila last period. Aku memang serius tak ingat bila aku last period. Malu je nak jawab tak ingat dengan doktor. hihi. (masa awal kahwin dulu, gigih sampai tahap donwload application yang kira waktu subur tu, tah apa ke nama application tu)

Doktor ambik bacaan tekanan darah, sukat suhu badan. Semua normal. Tak ada tanda tanda hamil ke apa ke. Tapi aku tahu doktor tak puas hati. So dia suruh aku buat ujian air kencing. Aku pun pergi la toilet. Dalam hati, ish takkan la hamil kot. Lepas doktor buat urine test, doktor tunjuk kat aku preganncy test tu.  


 Ada satu jalur samar. Hamil ke tak?

Dengan senyum senyumnya macam dalam drama tv, doktor kata tahniah aku pregnant tapi sangat awal lagi iaitu maybe dalam 4minggu. Sebab tu jalur tu samar samar. Hormon HCG if tak silap aku, masih sikit lagi. Doktor suruh aku check lagi minggu depan, sama ada jalur ni akan jadi pekat ke atau takde langsung ke macam mana. Huhu. Tah la. So tunggu jela minggu depan. Debor mak jemah haihh. Takkan minum VIVIX tak sampai sebulan, senang betul nak lekat? Apa pun keputusannya minggu depan, aku terima dengan terbuka hati. Jika ada, alhamdulillah. 

Jika tak ada, aku terima seadanya masih belum rezeki lagi. Jalur samar samar ni pun sebenarnya ada banyak possibilitynya. Apa pun kita tunggu minggu depan.



Nak iklan jap. Anggur muscadine dalam vivix memang bagus untuk wanita yang sedang berTTC. TTC means, TRY TO CONCEIVE. Wanita yang cuba untuk hamil :) 

http://getmedean.blogspot.com/2015/06/pembelian-supplemen-shaklee-melalui-4.html

9 Komentar untuk "JALUR KEDUA PREGNANCY TEST SAMAR SAMAR, HAMIL KE TAK NI?"

InsyaAllah ada rezeki awk tu.. mcm doc kata sbb masih awal so mmg akan samar2.. sy rsa awk mengandung :) tahniah

@Mila Hilas huhu..terima kasih. mudahmudahan ada rezeki kali ni amin

IQ pun rse awk mengandung, dulu IQ pun tanda macam ni...samar2 sebab baru dua tiga hari tak datang period terus nak cek....hihi...anak first katekan...

tahniah!

Vivix memang terbaik lah....!! tahniah sis dah mengandung...

Member ofis kite pun camni. Dia pun mcm caye tak caye je. Nak cek lg minggu depan tgk btol tak. Hehe

Ohoi aisy. Lama dah tak datang sini. Tup tup tup hoyyehhhhh. Tahniah on advance. Ni gaya macam za msa nak tau pregnant dulu. Samar2. Harap berita gembira.

lps tu awk prgnant x .sb sy dpt samar jgk..klo awk prgnnt skrg ni tentu 2 bln kot kn

Back To Top