3 SEBAB AKU SUKA TENGOK DRAMA PLAN CINTA TAK JADI

Ada 3 sebab kenapa aku suka tengok drama Plan Cinta Tak Jadi. 


1. Pelakon dia cantik dan hensem. Biasalah, pengarah mana yang nak ambik pelakon yang tak ada rupa kan? Fatiha memang aku kenal dia memang cantik. Tapi pelakon hero dalam drama ni, aku adore gila tengok dia! Fattah Amin. Hensem nye! Cair aku tau haha. Over. Aku ni jarang tengok TV. Yela bizi menguruskan bisnes Shaklee. Tapi bila dah berkenan dengan sorang pelakon ni, memang aku setia la tunggu episod baru depan TV! 

2. Comel. Jalan cerita dia actually memang macam ringan je. takde benda yang boleh beratkan kepala otak kau nak pikir kenapa, macam mana, bila. Jalan cerita dia comel sangat tau! Dorang ni memang ada semangat setiakawan yang kuat! Jiran sebelah rumah pun, boleh jadi kawan dan pendengar setia! Macam Fattah Amin, jiran kepada fatiha, hari hari ada je yang Fatiha nak share kisah suka duka dia dengan jiran dia. Tapi selalu gadoh! Tapi rapat macam bestfrend. Tah aku pun sangsi haha budak dua orang ni. 

3. Sebab yang ketiga, emmm takde sebab lagi dah sebenarnya. Tapi aku memang happy tengok cerita ni tak tahu pasal apa. Aku memang susah nak gelak tengok tv. Tapi cerita ni buat aku gelak sorang sorang. Sampai aku paksa laki aku tengok sama sama! Well, aku bagi 4 bintang dekat drama ni. 


Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
ecadwinkyasha
AUTHOR
September 10, 2015 at 3:04 PM delete

eca pun suka ne....slalu tgk lepas tgk af..hehehe

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 12, 2015 at 11:35 AM delete

@Eca Dwinky Asha eca minat af ye..hehehe..aish dah ketinggalan ketapi..tak tgk af dah

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...