jujur saya katakan...yang saya sudah boleh melupakan kamu.

saya mengaku pernah bersalah pada awak
sampai kan kita pernah berpaling muka ketika sedang berbicara
kadang-kadang saya terfikir, kita macam tidak pernah bercinta sebelum ini.
masing-masing bertelingkah mencari seribu macam alasan
untuk menang
tapi saya kesal
lancang mulut awak menuduh saya punca segala-galanya

 

 
saya berundur
walaupun saya pernah menghalang dari semua ini terjadi
tapi saya tahu
awak relakan pemergian saya
dan saya berpegang pada satu
sekiranya kita bersama pun belum tentu awak bahagia dengan saya
dan belum tentu awak boleh membahagiakan saya
 
 

kerana apa?
sikap awak tak pernah berubah
dan sikap saya masih juga begini
itu namanya kita berdua tiada persefahaman
jadi ada baiknya bila saya tidak lagi bersama awak
 


perpisahan saya dengan awak bukan berpunca dari orang ketiga
tapi kerana saya belum cukup mengenali hati awak
dan awak pun tidak mahu mengambil peluang untuk mengenali hati saya



Walau di mana juga awak berada..saya doakan yang terbaik untuk awak.
kini Alhamdulillah. saya boleh hidup tanpa awak.


Find a guy who will pick up every piece of your broken and shattered heart and put it back together again, keeping one piece for himself and replacing it with a piece of his.



Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
Unknown
AUTHOR
January 2, 2011 at 11:46 PM delete

oh. maaf. sy da terbace kisah anda.
kemudian, dgn tulus sy nyatakan, carilah cinta Illahi, TUHAN yang menjadikan, yang rahmatNya tidak pernah putus kita gunakan, yang nikmatNya tanpa syukur kita balas, namun DIA tetap menanti kita dengan sabar.

Carilah DIA yang sangat luas rahmatNya, nescaya cintaNYA lebih indah dari segala-galanya. InsyaAllah.
Sahabat sy, ada hadiahkan sy sebuah lagu yang sangat bermakna, MENGEMIS KASIH. kalau terbuka hati ingin mendengarkan, silakan.

Sy doakan anda berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. InsyaAllah. Ameen. :) Salam syg kerana anda juga muslimah, menyayangimu kerana Allah.

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...