ohh..sudah 2 hari umat islam berpuasa! syabas diucapkan pada yang berjaya berpuasa dan lengkap solatnya. dan tahniah juga kepada yang berpuasa setengah hari..kekeke..sapa tu? entah.. llalalalala..sape makan cili dye terasa hotnya!!gituu
penat sangat toksah kata la. ingatkan cikgu yang kerja separuh hari tak la rasa sangat kepenatan tu. oh aku kah cikgu itu?? auww.. cikgu ismaliza yang cantik... cet..murid-murid bisa main politik kotor dengan menulis nama aku begitu di depan folio. nak markah lebey la tu! kretip... sila puji lagi jika mahu 100 markah! kahkah.
ok sambung citer. baru je isnin aritu aku horey sebab sekola balik kul 5.45. siap kecoh kat facebook lagi kasi orang jeles. muahaha keji kan. tapi rupa-rupanya masyallah.. sangat ..okay! sangat penat! harapkan bilik guru je ada aircond. kelas mana ada aircond kan...so panas la kan..dah la aku cikgu sejarah kan...takkan aku nak masuk kelas bagi budak salin nota je. tu makan gaji buta namanya.. uhuhuh.
setiap topik akan aku ajar dan terangkan. aku akan bercerita macam ibu ceritakan buku cerita pada anak-anaknya. oohh.. sila pilih saya sebagai menantu.. tiba-tiba. kekeke. Walaupun mereka pun nampak lembik je..dan lesu..almaklum la sekolah petang kan...so itu cabaran utama aku untuk pastikan pengajaran aku tidak membuat mereka tidur..kau tidur,siap..dan of course sedikit ketegasan akan dikenakan. huhuh. posa tak posa..tak bawak buku, denda pelbagai aneka rasa disediakan.. hah! amik kau. ingat juada berbuka posa je bermacam aneka rasa??
aku pun letih sangat..mana nak hadap kerenah murid-murid yang macam sengaja menguji kesabaran di bulan puasa ni. oh tidak... mana nak hadap buku-buku latihan yang jawapan nye bisa membuat kepala jadi migrain. sebab tu blog pun dah lama tak update..lama dah tak jalan-jalan kat blog mereka mereka yang bisa buat hati tercuit geli hati..sangat lama tak jalan2 okay...
tetiba rasa nak stop kat cni je. sebab kucing2 aku dah gigit jari kaki aku mintak belaian kasih sayang. gedik oo kucing aku! kekekeke.. selamat berpuasa! dan hari raya lagi baper harii ea?? kira kira.. pakai jari kaki sekali... 28 hari ooh!!
ost... tajuk entry takde kene ngena dengan sambungan siri drama tu okay. huhu
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon