zaman praktikal dulu sangat indah..betul aku cakap..SANGAT..
walaupun masing-masing masih belum bekerja,kami bahagia. kami gila-gila. kami kongsi segala-galanya.
kami juga menangis bersama-sama.
dan kami sanggup berkorban wang saku dan masa semata-mata untuk bersama..
ingat lagi masa kami serentak "bercuti" dari berpuasa..biasalah perempuan kan..kekeke.
lunch time sama-sama plan pergi ke Mcdonald tapau makanan..bahagia! makan kat markas...(rumah Nisa)
rasa macam hilang semua masalah bila bersama-sama..gelak sakan!
kami pergi bazar ramadhan bersama-sama...
dan kami juga sentiasa menanti peluang untuk terus bersama...
berbuka puasa bersama-sama...tengok kat SINI
INDAH sungguh PERSAHABATAN kami!
tapi sekarang...mereka dah pergi...membuat haluan masing-masing..
mungkin mereka lupa pahit manis persahabatan ini..
atau pun mungkin mereka ada persahabatan lain yang lebih baik dari persahabatan ini..
tak mengapalah..aku faham.
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon