Dulu kan kita dah janji akan sentiasa bersama-sama. Persahabatan kita takkan putus kan? Tapi masa tu kau masih kecik. Aku pun masih kecik lagi. Umur 12 tahun mungkin masih terlalu mentah lagi untuk memahami akan sebuah ikatan persahabatan. Tapi jauh di sudut hati, kau masih ingat aku dan aku masih ingat kamu.
Kini 12 tahun sudah berlalu. Berlalu tanpe khabar berita dari kamu. Dan aku juga tidak tahu bagaimana mahu menghubungi kamu. Kita biarkan masa berjalan tanpa ditemani ikantan persahabatan yang pernah terjalin suatu ketika dulu. Kau melalui saat getir. Aku juga begitu. Kau pernah bahagia bersama si dia. Dan aku juga pernah merasakan yang sama. Itu aku sangat pasti.
Usia kamu 24 tahun. Begitu juga dengan aku. Kita sudah melepasi usia zaman remaja dan kita kini sedang menginjak ke zaman dewasa. Ya! Kita sudah dewasa! Tapi aku sedia maklum bahawa aku tidak akan berpeluang berjumpa kamu lagi selepas 12 tahun kita berpisah selepas UPSR dulu. Hidup diteruskan. Tapi jauh di sudut pemikiran aku, aku terfikir kan kamu. Di mana agaknya sang sahabat yang pernah bergelak ketawa dengan aku dulu ketika di sekolah rendah? Sudah kahwin kah? Berapa orang anak? Rupa kamu mesti lain kan?
24 Ogos 2010 kita jumpa balik! Walaupun dalam Facebook. Tapi itu pun dah cukup bersyukur sebab aku masih ada kamu lagi di dunia ni! Kau dah makin cantik. Of course lah sebab dah berumur 24 tahun kan? Semua hormon dah pun habis dikeluarkan. Tak gitu? Syukur Alhamdulillah.. Aku sayang kamu. Aku rindu kamu! Ikatan persahabatan yang pernah terputus suatu ketika dulu kini bertunas kembali. Lepas ni kita akan sentiasa keep in touch okay!
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon