Perasaan dijajah masih ada di malam kemerdekaan tahun ini..sampai bila?

Tanggal 12 malam bersamaan 31 Ogos 2010. Maka genaplah 53 tahun usia kemerdekaan negara kita Malaysia. Bagaimana dengan sambutan? Mungkin tahun ini kurang sambutan secara besar-besaran sebagai menghormati bulan Ramadhan yang mulia. Tiada lagi konsert yang menjengkelkan oleh artis-artis yang seolah-olah menggunakan pentas itu seperti di barat. Terkinja sana sini menyanyi dan bergelek sambil melaungkan merdeka. Bagus lah. Sokong




Dan ini sebenarnya merupakan pertama kali aku menyambut hari Kemerdekaan dan menanti detik 12 malam di hadapan laptop Dell berwarna putih kesayanganku. Aku masih teringat tatkala sebelum ini aku menyambut dengan kekasih aku di Melaka. Pernah juga di Kuala Lumpur. Hanya teruja mahu melihat pertunjukan bunga api di samping yang tersayang. 


Tetapi tahun ini, sedikit rasa kekurangan. Tak mengapa lah. Mungkin hanya mainan perasaan je. Sebut pasal merdeka..terlintas di fikiran yang serba cetek ini..adakah aku sudah merdeka? Merdeka dari segala perasaan rendah diri dan segala jenis perasaan yang membuatkan aku menangis. 


Diri ini masih belum lagi merdeka. Masih lagi dijajah. Oleh perasaan Sial yang masih menghantui diri aku. Masih lagi dijajah oleh wajah-wajah hipokrit yang pernah mengucapkan kata sayang pada aku dulu. Masih lagi dijajah oleh pemikiran dan prasangka buruk pada kaum lelaki. Ya..aku masih lagi dijajah oleh semua itu. 


Tak tahu sampai bila penjajahan ini akan berakhir. Mungkin apabila diri ini sudah cukup kuat untuk menentang segala bentuk penjajahan itu. Satu hari nanti, mungkin. Doakan lah aku. Kerana aku hanyalah seorang gadis yang lemah. Bukannya seorang pahlawan yang kuat di mana dia sering berani dan bersungguh-sungguh menuntut kemerdekaan. 


Walaupun diri ini terlalu kerdil untuk melawan segala bentuk penjajahan dalam diri ini, aku berazam untuk menjadi seorang yang merdeka. Tidak lagi dijajah oleh perkara perkara Sial yang masih menghantui diri aku. Asalkan aku mesti berani dan terus memandang ke hadapan. 


Aku ibarat anak kecil yang bertatih. Teringin sekali berjalan dan terus berjalan. Tapi sering kali terjatuh. Namun aku bangkit semula. Tapi hanya lah sekejap. Kemudian aku jatuh semula. Sehinggalah setiap otot dan sendi ku cukup kuat untuk memboleh kan aku berjalan lagi tanpa jatuh..




Tapi bila kah masanya itu? Tuhan saja yang menentukan..Aku hanya mampu berdoa..



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53
Semoga Malaysia tanah air ku yang tercinta terus maju dan disegani. Salam 1 Malaysia!
Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
Pert Doherty
AUTHOR
August 31, 2010 at 3:42 AM delete

Mungkin kita masih dijajah... tanpa sedar.. penjajahan minda adalah lebih teruk.. tanpa melawan kita sendiri menyerah terhadap penjajahan tu..

31 Ogos 1957: Tanah Melayu dijajah

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...